Assalamualaikum....
Islam menitikberatkan adab-adab dalam kehidupan seharian termasuk makan dan minum. Dalam Islam, sudah ada dalil dan hadis yang boleh menggambarkan betapa Islam ini mementingkan setiap perbuatan sopan dalam kehidupan seharian.
Di sini ada beberapa adab yang disertakan dgn hadis Rasulullah s.a.w, antaranya :
- Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w melarang bernafas dalam bejana (gelas atau cawan) atau menghembus padanya . (Imam Tirmizi)
- Membaca Bismillah. Rasulullah s.a.w bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan disamping baginda " Wahai kanak- kanak, sebutlah nama Allah (HR Bukhari dan Muslim)
- Makab dan minum dgn tangan kanan. Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan atau minum menggunakan tangan kanan.Kerna sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya (HR Muslim)
- Jangan makan seorang diri (terpencil) jika masih boleh makan secara berkumpulan, kerana ia lebih berkat dan bersatu hati
- Dan makan serta minumlah, jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan org2 yang melampaui batas. (al-A'arf : 31)
- Jangan sesekali mencaci makanan. Abu Hurairah penah memberitakan "
Tidaklah sesekali Rasulullah s.a.w mencaci atau mengaib makannya yg terhidang di hadapnnya. Jika baginda ingin memakanya, baginda akan makan. Namun, jika baginda tidak ingin, baginda akan meninggalkannya (HR Bukhari)
7. Tidak makan terlalu banyak. Nabi s.a.w bersabda :
"orang mukmin itu akan dengan menggunakan satu perut sedangkan orang kafir makan menggunakan tujuh perut (HR Muslim)
good info dear... ^_^ sebagai peringatan bagi yand dah sedia tahu dan sebagai pengetahuan kepada yang mungkin belum mengetahui...
ReplyDelete