Saturday 29 December 2012

Tudung TURBAN dilarang dalam ISLAM

Assalamualaikum...

selepas buat research dan mencari gambar dekat yahoo...saya ingin mulakan entry saya dengan
Bismillah




Zaman sekarang memang dah banyak sangat fesyen-fesyen yg konon katanye FESYEN MUSLIMAH...
Islam tidak melarang untuk  berfesyen asalkan masih berlandaskan hukum agama.
Tapi, zaman sekarang ramai yang ambil mudah pasal aurat terutamanya wanita...cukup dengan melihat ramai orang guna fesyen tudung, baju yg trending, terus nak cuba.
Termasuk jenis tudung ni yang sepatutnya seorang wanita Islam menjauhi untuk menggunakannya.

jeng jeng jeng !!!!(tak de sound effect k!)

"its TURBAN"



Memang sebahagian dari kita tak suka tengok perempuan pakai benda pelik ni....tapi tak boleh dinafikan, dah memang orang dah pakai pun....apa lagi yg femes ngemes...tak nak cerita la tu...
sebenarnya tudung nie....ehh jap ! nak panggil tudung memang tak la...kita panggggggiiiiilllllll.......



BONGGOL UNTA  !!!
(ala ala suara doremon keluarkan gadget tu)

Dalam Islam memang dah DILARANG pun pakai Bonggol unta ni....nape???tak caye ke??


Sebab-sebab DILARANG pakai bonggol unta ni ialah



# Pertama ( Bonggol unta )


hahahahhahah......sebab tu saya ckp bonggol unta...kesian unta tu....
penyelesaiannya senang je...potong lah rambut !!
buat apa simpan panjang-panjang, pakai tudung jugak kan
ini tak, makin panjang rambut dia, makin tinggi juga bonggol kepala tu...
macam ice cream...




# Kedua ( Menyerupai sesuatu kaum)


*dah memang sama dah colour tu*

Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.


# Ketiga ( Turban tidak labuh )



"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


(Surah Al-Ahzab, ayat 59)


Kalau dah memang pakai Turban, memang sah la nampak bentuk *tett*....
bagus sangat la bagi kaum adam nampak, with free lagi tu....


# Keempat 


Kalau pakai Turban, dari atas sampai bawah memang full nampak owhh...





Saya tulis banyak2 ni pun bukan nak kata saya dah perfect gila dah, tapi ini untuk smua...
untuk sesama muslimat....
lagipun saya baru form 2.....masih banyak untuk dibelajar...
ini semua pendapat saya....
seriously, kalau memang nak bertudung, biarlah kena dengan ajarannya...
dah banyak dah tudung or hijab dijual sekarang,
semua terpulang dengan si pemakainya....
sama ada nak pakai tu untuk Allah...ataupun hanya nak nampak cantik...
Tapi kalau dalam situasi ni...nampak pelik adalah....

Akhir kata dari saya, "majulah Islam kerana Iman"

hihihihihih



Assalamualaikum

Wednesday 26 December 2012

Maksud "PESANAN CINTA"

Assalamualaikum


Tengah malam mcm ni saya dikejutkan dengan soalan dari akak (rasanya tua dari saya) yang bertanyakan apa maksud PESANAN CINTA?

Kalau nampak perkataan CINTA tu, mesti tertera di otak korang maksud perasaan antara lelaki dan perempuan.
Kalau nak suruh saya tulis2 ayat-ayat cinta tu jangan harap la sebab masih bawah umur...saya still sedar saya masih bawah umur. Mungkin ada yang sebaya dengan saya sdh ada berpunya. Tapi sya tak berani, takut termakan diri sendiri.

salah satu sebab saya pilih nama PESANAN CINTA ialah ejaan yang senang.. kalau ejaan yang susah, susah jugak orang nak dtg blog sya...Tapi sebab yang utama, saya nak jadikan blog nie sebagai BLOG ISLAMIK.. "memberi pesan melalui cinta dalam ISLAM".. kalau belek-belek blog ni, mungkin tak seberapa ilmu Allah saya dpt kongsi..sebab saya pun masih belajar...In Sha Allah, kalau di izinkan..saya perbanyakkan...

tak de banyak reason juga nama blog ni.... kalau nak request ayat-ayat atau pesanan cinta cinta...jangan harap..kang !saya bagi ayat boboiboy..jangan marah abang2 and kakak2...so itu saje...
Terima Kasih



Assalamualaikum

"Segmen : Aku dan Blog"






Assalamualaikum....


hahaha..segmen lagi owh..!!wa memang tada penat itut-itut segmen-menyegmen ini...segmen ni saya (saya is better than wa) ikut sbb dah dijemput secara rasmi oleh tuan yg empunya blog...dah dijemput tu ikut la...mengada lagi tak nak ikut...klu korang nak ikut pon bleh...macam biasa..klik gambar abang hensem tu!!! 
baru jugak kenal blog abg Paly ni..jadi tak berani nak judge...Semua blog baik jika ditulis dengan niat yg baik dan hati yg ikhlas..abang Paly ikhlas kan???



TenTang Saya

Nama 100% tetap dengan nama dlam blog sya...Robiatul Adawwiyyah.
umur 14 thun means thun depan sya PMR..PMR yang terakhir..!!!yeah yeah...
tp sebenarnya tak yeah yeah sgt lah, sbb memalukan klu result tak bgus, Nauzubillah.
Saya sekolah di SM Sung Siew Sandakan Sabah .
YES ! betul, saya sekolah cina, tp tak tau speaking chinese...klu setakat "wo ai ni" tu tau lah...
jadi kiranya saya seorang Muslim di sekolah cina...banyak dugaannya,,,apa lagi bila puasa
saya orang sabah...JIMMY PALIKAT tu dengan saya memang bukan satu kampung....
sebab saya org bandar..hehehe



Sebab saya Ber Blog

Ini sebenarnya blog ketiga selepas blog yg lain gagal di blog kn....sebelum ni blog pasal personel...
then saya nak tukar jadi blog Islamik...nak juga budak bakal PMR ni jd pendakwah walaupun di alam maya. Klu korang selongkar blog ni, memang belum bnyak lagi...sebab saya pun masih mencari ilmu Allah.
Jadi, lebih kurang begitulah sebab saya buat blog..nak jadikan blog Islamik . In Sha Allah.
Doakan saya ye kakak2 gojes and abang2 hensem



  1. Blog Paly (serius, saya bru follow)
  2. Elia : Short and Sweet
  3. Miratul Reyyah
  4. Lyssa secret
  5. Ben Ashaari


Walaikumsalam

Thursday 20 December 2012

Segmen Blogwalking Rilex Cool



Assalamualaikum...


segmen lagi...entah segmen yg ke berapa...yg penting nak bagi sampai 100 follower...hehehe

hhmmmm...kelebihan blogwalking

1. boleh tambah follower ciput jadi banyak
2. boleh kenal blogger lain and singgah blog diorang
3. mmmm...mana tau ada Hanis Zalikha follow blog i..(dalam mimpi)
itu saje...
Assalamualaikum




Monday 17 December 2012

Kisah Orang Bukan Islam dengan Ulama









Suatu hari, orang bukan Islam (Non Muslim) datang dan bertanya kepada orang Islam (Ulama)

 Kenapa Islam tidak membenarkan wanita BERJABAT tangan dengan lelaki? tanya si Non Muslim tadi. Lalu Ulama pun menjawab, "bolehkah kamu BERJABAT TANGAN dengan Ratu Elizabeth?

Non muslim pun hairan dan berkata "Sudah tentu tidak, hanya segelintir sahaja yang boleh berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth.

Ulama itu pun membalas, "Wanita Solehah adalah Ratu dan Ratu tidak BERJABAT TANGAN dengan lelaki asing.

Selepas itu, Non muslim bertanyakan soalan lain.
"Mengapakan wanita kamu (Islam) menutup badan dan rambut (aurat) mereka ?"
Ulama itu tersenyum dan mengambil dua bungkus gula-gula. Beliau membuka gula-gula pertama dan membiarkan yang satu lagi tertutup. Lalu, beliau mencampakkanna ke tempat berhabuk dan bertanya kepada Non Muslim itu,
"Kalau saya menyuruh kamu untuk mengambil gula-gula tersebut, yang mana kamu pilih?"

Non muslim itu membalas, 

"Tentulah saya pilih gula-gula yang berbungkus elok dan bersih"


Lalu Ulama itu berkata,

"Begitulah bagaimana kami menganggap dan melihat wanita kami (Islam). Wanita tidak sepatutnya seperti bulan yang mana semua orang boleh melihat dan mengaguminya, mereka sepatutnya menjadi seperti MATAHARI yang mana semua orang akan tunduk apabila melihatnya."

"Tunjukkan aku Tuhan jika memang Dia wujud", kata Non muslim itu.(tak puas hati nampak)

Ulama itu menjawab, "Lihat Matahari itu !"

Non muslim membalas, "saya tak nampak, sinar matahari menyakitkan mata saya"

Pantas Ulama itu menjawab,
"Kalau kamu tidak boleh lihat ciptaan Allah, bagaimana kamu boleh lihat PENCIPTANYA?

Akhir sekali, Non Muslim itu menjemput ulama tadi ke rumahnya dan memberi buah anggur, ketika Ulama itu makan buah anggur, Non muslim mengajak ulama minum segelas wine.
Ulama menolak. Non muslim bertanya.

"Mengapa Islam mengHARAMkan wine dan makan buah anggur sedangkan wine datangnya daripada buah anggur?

Ulama membalas " Kamu ada anak perempuan?
lalu Non muslim menjawab "ya, saya ada anak perempuan"

Ulama tersebut bertanya "adakah kamu boleh berkahwin dengan anak perempuan kamu itu?"
dengan pantas dia menjawab, "sudah tentu tidak"

Lalu Ulama itu memuji Allah

"Subhan Allah, kamu berkahwin dengan ibunya dan tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kamu walaupun sebenarnya dia datang dari isterimu..



p/s : diharapkan cerita ini memberi pengajaran kepada umat Islam yang sentiasa dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia . Insya Allah



Sunday 16 December 2012

UNIC - Insan Bernama Kekasih




Debar hatiku, membisik rindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman

Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan
Insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar
Lukisan nur Iman
bersulamkan keindahan
santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan
hangat perasaan
mengusik segala resah 
di jiwa

c/o
Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
masihkah ada peluang
untukku melafazkan cunta

Umpama rembulan jatuh ke riba
mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

Padamu oh Tuhan ku pohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta
kebaikan darinya
miga dipeliharakan, tulus cinta kita
agar kukuh ikatan yang murni
bahgia selamanya
dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
menghiasi ruang hatiku
akan ku sambutnya dengan
sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinankan berpanjangan
selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau ku sayangi, teman sejati
dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih



UNIC - Kau Kawan, Sahabat dan Teman







Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
Menuju onak liku
lalui semua suka dan duka
bersama...

Biarlah apa pun rahsia
dan kelemahan mu
tetap kau temanku

Riangnya saat kita ketawa
asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
namun, diakhirnya kita tetap bersama

Kini dipisahkan dua benua saling mengejar cita
tak pernah ku lupakan detik yang indah bersamamu
Temanku....

Ku pasti suatu masa
engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
untuk kenangan bersama

tetap kan bersama