Thursday 19 December 2013

Keputusan PMR lebih dari yang dijangka. Alhamdulillah

Alhamdulillah, syukur ke atas Allah SWT kerana melihatkan kekuasaanNya kpd saya. Tiada siapa sangka bahkan saya sendiri pun tak sangka boleh dapat straight A dalam PMR. Bersyukur sangat2 sebab tiada yang sangka saya boleh dapat 8A dlm PMR kali ni. nak cakap saya study hard, two weeks before adalah. Two years before, jangan harap.

Permulaannya macam ni, saya pegi sekolah ikut kwan punya mumm. Izzati. Masa otw tu memang dpt text mak minta doa..minta kakak2 lain doa kan. Tapi tak dilayan -_-'

Sampai sekolah around 9.45 am begitu. Makin ramai yang dtg, makin banyak jugak nebes tu dtg. Seriusly, sepanjang duduk tu, apa yang difikir semuanya negatif. Rasa macam otak ni magnet yang berkutubkan positif.. dan apa yang ditarik. .negatif... peerrgghh

10.00 am. Pergi dewan bacaan sekolah..rasa excited ada, rasa nak tercirit pun ada.Saya bagi rakan cina yang lain ambil dulu..tak berani weii!.

tapi bila nampak ramai dah yang ambil..excited pun menjelma.. Berdiri dpn guru kelas, memberi senyumam seikhlas yang boleh and suddenly cikgu cakap

       "Lepas ni boleh lah belanja cikgu"

       "kenapa cikgu" (muka macam orang hilang anak)
Bila cikgu ckp macam tu, memang tau la result ok. tapi langsung  tak fikir 8A. fikir dapat 5 atau 6 je. Apa tak nya, trial PMR pun dapat dua je, kelas pun kelas C. kelas ketiga, So of coz la sekolah tak target besaq punya. tambahan pula muka pun macam muka tercicir A. ada hati dapat straight A

     And Alhamdullilah.. again. Cikgu bagi sambil cakap

      "tahniah, 8A"

-------

Kalau orang tanya apa tips kejayaan. (walaupun tiada yang tanya) . For me.

DOA dan USAHA.

Kalau kita dok study very very hard pun, tapi tak dak doa. Its nothing bro!
Dan...

Kalau kita dok berdoa 24jam tanpa belajar. Its also nothing .....broooo

Doa mak bapa pun penting...solat hajat pun penting. Yang penting, apa yg penting, dipentingkan








Go go Hariamu Muda ^_^

Peace yo!




Wednesday 18 December 2013

Esok result PMR keluar. Nebessnyee!


19 Desembar 2013. Result PMR akan keluar slpas tunggu around 2 months.It's tomorrow. I'm quite nervous actually because it will be the last PMR in Malaysia. Walaupun PMR ni bukan penetu kejayaan, but tak best la kalau result worse kan?? 

   Lepas belajar 3 tahun, benda ni je yang orang dok tunggu.perrghh. 3 tahun..?? Double wooww. 

Esok pagi kena pegi sekolah jam 10.. maybe sampai around 10+. Sekolah dekat mana?? sekolah cina, SM Sung Siew.. sekolah top di Sandakan. ohh tidakk..Aku riak!! Astagfirullah. Tapi memang betul, orang luar cakap lah.. Orang dalam ...hhmmmm.. 

"Saya suka sekolah saya" (nasihat daripada guru pendidikan moral)

Harap result tak teruk sangat seperti tuannya... Selalu result ikut tuan kan?? Saya cuma tawakal je esok, doa mak ayah saya akan minta esok pagi. Jadi esok kalau result bagus saya buat entry baru. Kalau tak.........
Ada 3 sebab :

  1. Result saya teruk.
  2. Saya malas hadap laptop
  3. Broadband tamat tempoh
  4. Ajal menanti ^_^
Ingat nak tulis doa kat sini..alahh, yang macam selalu kat fb tu. tapi macam terserlah ke'stupid'an di situ...

Doakan ok! ^_^





Thursday 12 December 2013

[REVIEW] : Ollies Wardrobe

First time buat review.. itu punn pasal butik online jual pakaian muslimah ni. Cantik bah baju2nya dijual. hahaha. Pakaian dijual dengan harga yang berpatutan . kalau ada masalah dengan baju tu, boleh dipulangkan semula. Yang penting tak ketat dan tutup aurat. siap ada ribbon2 lagi tau.. Aku mampu tengok je la.... -_-'




  
join sekali ye..cuci2 mata dulu



 

RM100 termasuk postage (no ribbon)
RM110 termasuk postage ( with ribbon





RM90 free postage



HARGA PROMOSI : RM170/helai
BELI 2 HELAI : RM160/helai
BELI 3 HELAI : RM150/helai




\

RM90 sahaja termasuk postage




For more info :


Website : www.ollieswardrobe.com



Assalamualaikum dan bye ^_^





Monday 2 December 2013

Segmen Blogwalking & Follow by YAYA

ASSALAMUALAIKUM

"Segmen Blogwalking & Follow by YAYA"
Syarat-syarat segmen mudah maybe hehehe..
  • Follow blog YAYA bagi yang masih tak follow
  • Follow twitter YAYA, dijamin followback *tak ada tak apa* 
  • Tajuk post : Segmen Blogwalking & Follow by YAYA
segmen sehingga bulan JANUARI 2014

Friday 29 November 2013

Segmen Aku Blogger Malaysia



Assalamualaikum...saya ikut ye segmen ni..!!Macam best jer.. ^_^


       "Aku blogger Malaysiaaaaaaaaaaaaaaa"* jeritkuatkuat*
       
       "Ic, mana ic?"
       
       "ohhh tidakkkk!"


Wednesday 27 November 2013

Pengalaman di"X-Ray"

Assalamualaikum dan hai...




Pergi x-ray pun riak..apadahh!!

Mengapa dan kenapa aku di 'x-ray'kan??adakah kerana otak aku mengecil seperti gambar di atas?? ataupun  aku telah menelan telefon bimbit aku sendiri? ataupu aku akan bertukar menjadi X-MEN??




Tak de la..ade la sebabnya..Tapi sebenarnya la kan, buat x-ray ni ada negetifnya. X-ray kan melepaskan radioactif yang mana seperti bom nuclear...tp x-ray bukan bom...takkan tak tahu??tak pe, at least ada jugak orang tak tahu sama dengan aku   

Saya buat x-ray untuk perubatan k?!! nurse Muslimah haritu yang suruh..ingat suka2 je nak buat x-ray ni.
Apa yang tak best lagi pasal x-ray ni,..bila dah keluar result, gambar hitam putih tak dak kulit je yang keluar..letak la colour sikit. pink2 ker *IGNORED*

Nantilah saya ceritakan kenapa saya buat x-ray ni..kasi suspens sikit..cehh

Nak bagitau follower saya dah genap 200 orang..Alhamdulillah*mention je kat cbox tuk followback*

"Ishh, orang lain dah beribu, hang baru ratuih dah bangga"


seperti rasa nak terbang pula dek kerana bangga *lap hingus*





Thursday 21 November 2013

Segmen : Aku Follow Blog Kau by Mizz Wenn

Assalamualaikum dan hai..





Simple...tak perlu follow penyemoncer....

Blogwalking time!!!

Wednesday 20 November 2013

Kertas Sejarah PMR 2013 diulang? Amboii!!

Assalamualaikum dan hai 




Macam macam betul lah sekarang, baru2 ni pasal Villa Nabila, lah ni pula pasal PMR !
Kertas PMR sejarah diulang??  

"Sejarah mungkin berulang", kata TOMOK.
"tapi bukan kertas Sejarah PMR" kata aku

Seriusly, kalau nak bagi maklumat 'fake' pun, biarlah logik!! 23 Disember dah keluar result kalau tak silap la. tak lama lagi! Ingat apa senang nak ulang kaji dalam masa yg singkat??berapa minggu jerr, berapa hari jerr. Aku dah la yakin A dengan subject sejarah ni. Faveret kot!! *ignored*

Bila dapat je gambar ni dlm fb terus masuk laman web KP. Memang tak de la...Sesiapa yang hampir tertipu  seperti aku!! Banyak2 kan Istighfar. solat hajat, doa banyak2 supaya dijauhkan benda ni! 

Aku pula bila tengok respond di FB mahupun twtter.. ayat diorang menyentuh kotak ketawaku
 *gelak besar*
Ada yang cakap buku dah Bakoo, otak dah hilang, satu pun tak ingat dan aku pulak baru je tadi bagi buku rujukan dekat budak form 2. Takkan nak ambik balik buku tu?? Buruk siku la weii!!






Cer bayangkan ada pelajar tengah bercuti..luar negara pula tu and then dapat tau pasal nie. Takkan diorang nak pulang balik ?? Gantung Holiday. kalau aku pula, apa lagi, mula lah tumbuh F.O.J aka family of jerawat!
           
Apa2 pun, cuba fahami video abg Mat Luthfi ni 



  -_-"





comel tak --->> (^_^)


Thursday 14 November 2013

Sarung Kaki Projek

Assalamualaikum dan hai.

Tengah malam masih menghadap laptop...perrgghh!!
orang lain sibuk Tahajjud    -_-'





Nak cerita jap pasal Sarung Kaki Projek ni or SKP. First time tengok hari tu dekat Safiyyah TV9....
well!! sifat 'keperempuanan' tu masih ada, so tengok la.
Allah menemukan kami ketika itu, ceewwahh! 
tak de la.. 

Apa yang best sebenarnya pasal SKP ni ialah mereka membuka minda masyarakat tentang aurat kat kaki ni. saya keluar rumah memang pakai sock, but seriously..
its hard then your thought


Ada satu cerita, masa tu saya ikut kem luar sekolah. Masa tu dah start pakai sock, jadi kalau tak pakai rasa lain pula. Jadi saya pakai sock jenis yang berbelah antara ibu jari dgn jari telunjuk yang hanya nampak bentuk ibu jari je. jenis mcm ni

source: pak lebai google

So, ada yang perasan saya pakai sock mcm tu and what did she said

         "ehh, stokin ka tu?? macam ALIEN"

            "-senyum sinis-"
                           
             *ayatmu menusuk ke kalbuku*


-------------

back to the entry,  SKP ni masa tengok dekat Safiyya haritu, diorang bagi socks free tau. Bukan setakat tu, diorang siap bagi ilmu free jugak! kau ada??

 "tak de, aku kat Sabah"


sapa tak suka 'free' kan, kan kan??tapi yang penting niat kita nak pakai benda tu m.. itu yang mustahak!

"bestnya dapat sock free!!" kata seorang budak ketika mengigau

So, apaapapun, take positive here. korang bole pegi website SKP and also boleh beri sumbangan apa yang patut ...

Kaki pown Aurat

peace yo!
^_^


motif???




Sunday 3 November 2013

Budak sekolah zaman sekarang

Assalamualaikum dan hai.

Bila tengok entry ni pun macam diri ni tak sedar masih budak sekolah. Sebenarnya, saya buat entry ni pun dengan tebal muka coz bila korang search  dekat google "BUDAK SEKOLAH", apa ygkorang jumpa bukanlah budak tengah pegang pensil, ataupun baca buku teks, ataupun senyuman happy mak bapa...tapi apa yg korang akan jumpa ialah

Nauzubillah

I'm also a student like them...wear the blue skirt, blue blue sky one and i'm happy to wear all these. Tapi bila tengok gambar di atas, saya rasa macam...malu nak keluar rumah pakai baju sekolah. Memanglah zaman belasan tahun ni masanya untk have fun. Tapi tak semestinya nak jadi seorang remaja kena buat semua benda tu. Kesian kat mak ayah. 

I have a story, it happened a month ago. Masa tu saya tak sekolah dah, sebab lepas PMR ni cikgu tak kesah sgt pasal kami. nak hadir ke tak, lantak la...

Saya pegi sekolah sebab ada hal, so saya bawak phone. pakai tudung sekolah and baju T sekolah. Urusan selesai, saya pulang. Pulang naik bas.  Kebetulan pula masa bas kosong, so abg drive tu suruh duduk dpn teman dia cerita. masa tu saya pegang telefon dan tak lepas. Its our conversation :

     
    " form berapa dik??"

    " form three"    *speaking gitu*

    " owhh, baru habis PMR la ni?"
    
    " Iya"

    "owhh bagus la..belajar bagus2 ye dik...jangan bercinta2 dulu"


i was like *tersipu malu* masa tu...bukan sebab saya terasa. Tapi terasa nak tumbuk tu abang. 


     "Boyfriend pun aku tak de mcm mana nak bercinta-cintun ni, " *jerit dalam hati*



Tapi bila fikir2 balik, itulah pandangan orang tentang budak sekolah sekarang. 
 dan baru saya sedar yang abang tu cakap mcm tu sebab telefon kat tangan tak lepas dari tadi. so, mesti dia ingt saya tengah chat dgn jantan lain dan curang dekat dia....Cehh!!!. 

Terlalu banyak kes sekarang ni pasal budak sekolah. You know what i mean. Rasa macam terlalu bebas dan hilang batasan. 

bagi saya, yang jugak budak sekolah lagi, sebelum kita buat benda macam tu, ambil 5 saat untuk lihat wajah mak ayah kita nangis atas apa yg akan kita buat..

Allahuakbar ^_^




Saturday 2 November 2013

Freebies : Doodles tudung labuh


Assalamualaikum dan hai.

Doodles pakai tudung labuh gitu. Kalau berkenan, ambik je, nama pun free.
Ye dok??
Comel je pakai tudung labuh ni..hmmmm
Ye dok??
Nampak ayu je …

Ko dok??













Freebies : Doodles 'Love Islam'

Assalamualaikum dan hai.

Another doodles, bagitau je ye kalau nak.
For free u’olls. Kalau tak nak pun takpe.
Tapi………
Kenapa tak nak ekk??
Tak lah buruk sangat, sikit adalah…
^_^

















Freebies : Doodles bertudung dan berbaju kurung

Assalamualaikum dan hai.

Rasa hati ada baik mau bagi doodles free….tak cantik mana pun.
Tapi kalau nak, ambik je..
Boleh jadi bahan untuk header, untuk profile, untuk boyfriend, untuk kutukan, untuk sindiran dan untuk melepaskan geram
Kalau comel, bagitau. Kalau buruk….
Blaahhh dari sini!!

Gurau gurau.






           


Thursday 31 October 2013

Tutorial : Download Cute Font bagi Photoshop

Assalamualaikum dan hai !

Sebenarnya ini first time buat tutorial. Mana tak nya. blog pun buruk, ada hati nak buat tutorial untuk blog.
Tutorial ni untuk pengguna Photoshop yang nak kan font2 comel kiut-miut ala comel-comel gituel...
Sila ikut step berkenaan :

Paling penting, kena ada PHOTOSHOP.

  1. Pilih dan download cute font di sini : >>>Font Space
  2. Dah pilih, tekan download seperti gambar di bawah


3. Lepas download, ikut step seperti gambar di bawah.


4. Lepas tekan 'Preview', akan keluar macam ni.


5. Tekan ' Install'
6. Siap !! Boleh check dalam photoshop korang !!

Terima kasih daun keladi ^_^










Saturday 26 October 2013

"Mini Giveaway #2 By Nabila Medan"

Assalamualaikum.

Malam ni ada hati nak ikut GA dr Nabila Medan...come sangat blog dia...jeles tiittew

jom join sekali..best hadiah nya tau!!

Klik Gambar baju tu k!!

Thursday 17 October 2013

PMR Tamat Selamanya

Assalamualaikum

Malam yang ditemani bunyi kipas yang agak bising mengganggu konsentrasi dalam menulis entry terbaru.

Agak lewat sebenarnya aku menulis entry ni sebab PMR habis seminggu yang lalu, apa boleh buat, baru dapat online guna lappy. selama ni online guna hp je...(tak tanye pon)

OK ! In Sha Allah, aku akan merajinkan diri untuk datang menyonteng dlm blog ni. Kalau ada cerita menarik la.... 
 cakap pasal PMR, takde yang best sgt la. Tapi part yang paling best bila kitorang semua ada alat tulis masing-masing. hehe

Seminggu sebelum PMR pula, disitulah baru nampak kesucian wajah seorang pelajar yang gigih mengasah otak untuk menajamkan minda. ish ish,.. anak sape la tu? 

Part yang lucu dlm kelas masa PMR pula, ada yang rasa terganggu dgn lebah la..penyangat la..Siap main pendang lagi dgn lebah tu. *guna pensel la*.
Pasal tidur, aku tak de tidur masa PMR. Acctually hampir..sebab??  Ditambah lagi dengan petang-petang masa tu, angin sepoi-sepoi bahasa menyelinap masuk melalui tingkap seperti lebah tadi dan ditambah dgn kesyunyian yang memberi ketenangan.. Siapa tak boleh lawan masa tu 

For now, we're enjoying our special activities..




Tuesday 10 September 2013

COUNTDOWN PMR : 22 HARI LAGI

ASSALAMUALAIKUM.

Sungguh lama dah tak update blog ni. malas nak bagi alasan kenapa sebab memang sah2 aku malas. Well, selama ni agak busy jugak la. sebab budak PMR. so, kebanyakkan masa dihabiskan dgn buku. ceewwaahh, buku lah sgt !!

PMR tahun ni adalah PMR yg terakhir di Malaysia. so, apa2 pun kena do the best la.
peerrgghh, ayat cliche...

dah berapa lama dah aku hapdate blog ni. Macam tuan dia jugak, tak terurus. :)
sampai entry pasai raya pun takde. ish ish ish.

Anyway, cerita pasal PMR. kalau tanya kat aku, nervous tu memang ada. tp tak tunjuk.
sebab kalau aku tunjuk, komfirm aku tak mai p buat entry baru. aku dok dlam bilik baca buku. Persiapan pula, still loading lagi sebab sebulan sebelum PMR kitorang baru Trial, so apa yg dah belajar masa trial haritu mngkin ada sisa tarbawak lah juga dlm otak ni. cuma perlu lebih prepare yg awesome lg lah. :)

Apa2 pun, sesiapa yg dtg baca blog aku yg macam baru lahir ke dunia ni. Doakan la saya supaya tenang semasa menjawab nnt. ayat mcm besok dah PMR  Manalah tau entry ni entey yg last sebelum 2 Okt nnt. In Shaa Allah, segala dipermudahkan olehNya . 

For my friends, senakal2 mana pun kita kat sekolah. pastikan itu hanya luaran. Pastikan dalaman kita dipenuhi dengan ilmu berguna. Barulah org lebih hormat kat kita. And plan 'menceriakan dunia' kita lepas PMR tu mesti jadi tau...hihihi



Thursday 28 March 2013

Peminat Kpop atau Nasyid ?

Assalamualaikum.

Sungguh lama tak update entry dekat blog ni. cleaner untuk blog ni pun dah letak jawatan alasannya sebab terlalu bnyak habuk...maaf sangat. Almaklum la calon PMR, so busy sikit. ditambah dgn keMALASAN dicampur dengan ketiadaan idea, terhasil la blog sunyi. sampaikan nak sign in tadi pun   hmmpp !! hampeh !! org lain lupa password, saya lupa email dan password. nasib ingt jugak

I admit it. Saya peminat nasyid.
Semenjak letak jawatan drpd menjadi peminat kpop selama 2 tahun sejak 2010, saya mencari jawatan kosong yg LEBIH SESUAI  dengan diri, agama, bangsa dan negara. Saya minat kpop semenjak UPSR sehinggalah saya dapati tiada faedah meminati kpop melainkan kelalaian.
Sebab???banyak sgt nie. harap jangan bash saya dekat twitter ye


Kpop menjauhkan saya dgn ALLAH. Mengapa saya perlu meng'idolakan' artis kpop sedangkan saya dan artis kpop juga makhluk Allah??. sama ! sukar untuk menemui orang yg minat kpop sekaligus ingat Allah, ingat pada 5 waktu. Jangan tipu dengan diri sendiri. saya sudah pernah merasainya. SEMAKIN KITA DEKAT DENGAN KPOP, SEMAKIN KITA JAUH drpd-NYA. bukan hanya kpop, apa2 genre lagu pun boleh melalaikan. Islam tidak melarang kita untuk berhibur, tapi biarlah kita berhibur dengan amalan. Minta maaf kalau menyinggung hati anda, tp memang berlaku dengan saya. Saya minat kpop pd thun 2010, sebelum ada Running Man, seblum ada One HD or anything else. Saya masih juga  mendengar lagu kpop. bila ada lagu yang saya pernah hafal dulu, automatik keluar youtube dari mulut.



 Saya pernah  menjadi peminat SUPER JUNIOR, anyone elf here?? I was !!
saya ada lebih 200 lagu dekat telefon bimbit, semua lagu artis kpop saya ada.
nak list?? sampai ke besok tak habis. 
saya juga hafal semua nama ahli SUJU, tarikh lahir, nickname dan yg sama waktu dgnnya.



Disebabkan saya mencari jawatan kosong yg sesuai, i choose Nasyid.

Bukan nak bajet alim, tetapi sedikit sebanyak mendekatkan dri dgn ALLAH. lagipun, lagu Nasyid sangat bermakna dan diFAHAM. Kalau nak tahu, Nasyid di Malaysia sangat disegani oleh kmpl Nasyid dari luar negara dahulu

gambar ketika Raihan buat persembahan di Sukan Komenwel

Kumpulan Raihan. - kumpulan yang telah menjual album sehingga luar negara dengan lagu yg membuatkan orang ramai masuk Islam.(Puji-pujian) Kmpl. Raihan juga pernah buat lagu dlm bahasa Cina dan India. Bilalah nak buat comeback ni?? 

ada banyak lagi Kumpulan Nasyid di Malaysia, tp sudah kemana?
Mereka masih ada, saya selalu cekidaud status2 dan aktiviti yg berlaku. mungkin kurang sokongan dari pihak tertentu menyebabkan Nasyid kurang menarik minat org ramai. 
TETAPI, tidak semua !!
saya peminat nasyid, kalau ada kuiz "cer teka lagu Nasyid" konferm saya ikut.

I really hope that Nasyid will come to our heart again


Assalamualaikum :)




Friday 18 January 2013

"Segmen Tambah Followers 2013 By Hotmasakini"







Assalamua'laikum


new segmen...sangat2 simple mimple...nak join???klik je banner tu..
jom ramai2 kita blogwalking...