Assalamualaikum dan hai.
Bila tengok entry ni pun macam diri ni tak sedar masih budak sekolah. Sebenarnya, saya buat entry ni pun dengan tebal muka coz bila korang search dekat google "BUDAK SEKOLAH", apa ygkorang jumpa bukanlah budak tengah pegang pensil, ataupun baca buku teks, ataupun senyuman happy mak bapa...tapi apa yg korang akan jumpa ialah
Nauzubillah
I'm also a student like them...wear the blue skirt, blue blue sky one and i'm happy to wear all these. Tapi bila tengok gambar di atas, saya rasa macam...malu nak keluar rumah pakai baju sekolah. Memanglah zaman belasan tahun ni masanya untk have fun. Tapi tak semestinya nak jadi seorang remaja kena buat semua benda tu. Kesian kat mak ayah.
I have a story, it happened a month ago. Masa tu saya tak sekolah dah, sebab lepas PMR ni cikgu tak kesah sgt pasal kami. nak hadir ke tak, lantak la...
Saya pegi sekolah sebab ada hal, so saya bawak phone. pakai tudung sekolah and baju T sekolah. Urusan selesai, saya pulang. Pulang naik bas. Kebetulan pula masa bas kosong, so abg drive tu suruh duduk dpn teman dia cerita. masa tu saya pegang telefon dan tak lepas. Its our conversation :
" form berapa dik??"
" form three" *speaking gitu*
" owhh, baru habis PMR la ni?"
" Iya"
"owhh bagus la..belajar bagus2 ye dik...jangan bercinta2 dulu"
i was like *tersipu malu* masa tu...bukan sebab saya terasa. Tapi terasa nak tumbuk tu abang.
"Boyfriend pun aku tak de mcm mana nak bercinta-cintun ni, " *jerit dalam hati*
Tapi bila fikir2 balik, itulah pandangan orang tentang budak sekolah sekarang.
dan baru saya sedar yang abang tu cakap mcm tu sebab telefon kat tangan tak lepas dari tadi. so, mesti dia ingt saya tengah chat dgn jantan lain dan curang dekat dia....Cehh!!!.
Terlalu banyak kes sekarang ni pasal budak sekolah. You know what i mean. Rasa macam terlalu bebas dan hilang batasan.
bagi saya, yang jugak budak sekolah lagi, sebelum kita buat benda macam tu, ambil 5 saat untuk lihat wajah mak ayah kita nangis atas apa yg akan kita buat..
Allahuakbar ^_^