Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. In Shaa Allah kalau tak de pape halangan. Esok merupakan Hari Raya dan hari ni adalah hari terakhir kita brpuasa. rasa mcm cepat je masa berlalu kan?? pejam celik pejam celik dah nak raya. rasa macam baru kemarin kita start puase ye dok???huuaaaaa T.T
Kembali ke tajuk tu. Yupp, braces. B to the R to the A to the C to the E to the S. I'm wearing that right now. So far setahu saya semua org tau apa itu BRACES. Tapi bagi yang tak tahu. Ianya adalah pendakap gigi . Sila lihat gambar di bawah.
Tarrrraaaarrrr!!! benda alah ni lah yang ada dlm mulut saya. Keselesaannya sangatlah menggugat keimanan ku yg semakin rapuh ini dek kerana Ramadhan dah nak habis.. ceehhhwahhh
"Ehh, dah pakai braces?? "
" Sakit tak pakai braces tu??"
"Mahal ker pasang braces ni?? wahh!! kayanye kau"
"Hahahahahah!! Kesian tak boleh makan"
"kau buat kat mane??Aku pun nak buat juga"
"bla bla bla bla bla mulutmu!" (kluar lagu stacy jap)
Ayat di atas adalah soalan yang kebanyakkan kawan saya tanya. walhal bukan saya sorang jer yang pakai. Ramai lagi kawan sekolah saya yang pasang lagi dulu dari saya. hari ni dah nak masuk 3 minggu dah pakai. So..dah agak terbiasalah juga..
Kalau orang tanya kat saya sakit tak pakai braces ni, saya tak nak tambah dosa dengan mengatakan TIDAK!!! sebab memang TERRSAANNGGAAATT SAAAKIITT DOOWWHHH!!
Tapi kejap jer.. around seminggu begitu. Bagi saya, kalau nak pakai braces ni kenalah ready dr segi mental dan fizikal u'ollss! hehehehe. so far saya telah merasa 3 kesakitan.
1. Kesakitan cabut gigi
Cabut gigi adalah aktiviti yang paling digeruni di Malaysia. Siapa yang suka cabut gigi?? takde kan. Ahhh. Begitulah juga saya. Agak rasa nak tercirit juga bila dapat tahu kena cabut gigi. Dua batang pula tu u'olls. Mana kau nak lari ahh..but from my experiences cabut gigi, saya cabut dua batang..dua2 batang tu pun langsung tak sakit. SERIOUSLY!!! saya pun tak tahu kenapa.Orang lain siapa duk nasihat lagi kat kita pulang rumah bawa tidur. Minum air sejuk dan jgn makan benda keras sebab takut sampai rumah bius tadi akan hilang. Saya pun dengan gigihnya menyediakan air sejuk and ready2 nak tidur kononya tak lama lagi rasa bius tu akan hilang..wahh!!diri ini ditipu oleh gigi sendiri.Saya tunggu punya tunggu dr tgh hari sampai ke malam. RAsa sakit sikit pun takk dakkkk tau!!!Air sejuk yg dah ready2 tu pun jadi panas balik. hehe
bila next appoiment utk cabut gigi ke 2, saya tanya doktor,
"doktor, kenapa haritu cabut gigi tiada rasa sakit langsung?"
"oh ya ka? Baguslah. kenapa, kamu mau rasa sakit?"
"amboii" (dalam hati)
2. Kesakitan pasang getah.
Getah ni kalau tak silap doktor tu panggil 'elastic'. Apa yang menyebabkan ianya terasa sangaattt sakit adalah disebabkan fungsinya. Fungsinya utk menjarakkan sikit gigi korang yang super rapat tu. YUUPP ! dijarakkan!. tapi tak semua la. Saya pasang dua je. dua gigi terakhir dr dalam. Sakitnya memang take times juga lah. Around seminggu tu supaya ada gaps yang boleh meletakkan bands. Time ni memang tak boleh makan apa2 langsung. Korang boleh bayangkan gigi korang rapat and then terpaksa dijarakkan dgn meletakkan getah tersebut di celah gigi..Walaaahhweii. Sakit sangat part ni. Sampai kat sekolah pun. Kwan duk ketawakan kita sebab tak bleh makan apa2. But, seminggu je okay!
3. Kesakitan pakai braces
kalau masa pasang dalam bilik tu, memang tak rasa sakit pun. Rasa bosan jer sebab kena menganga lebih kurang sejam lebih. Tapi tak lama lepas tu..kesakitannya mula terasa . Dan kesakitan ni juga selama seminggu.
4. Kasakitan ketatkan dawai
Saya ckp 3 jer kan kesakitan, sebab kesakitan ni saya belum saya lagi. Pertengahan bulan ni baru ada app. Yang penting sakit lah
Dah habis pasal kesakitan, sekarang untk harga pula. Sebenarnya, saya buat FREE dekat hospital kerajaan plus saya budak sekolah baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. So memang free lah. Nak cakap lama sampai bertahun tu tak lah. Just berbulan jer. Maybe sebab saya duduk Sabah. Kalau semenanjung, saya tak pasti kena tunggu berapa lama.
Alhamdulillah. dah masuk 3 minggu ni saya boleh rasa lah perubahan sikit. Sorry sebab tak banyak maklumat sangat pasal braces ni. Blog lain pun ada share.. so korang boleh skodeng blog diorang.
Anywhere..saya nak ucapkan Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin dari kite,
penulis blog Pesanan Cinta. ^_^