Saturday, 26 July 2014

Pengalaman Pakai Braces

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. In Shaa Allah kalau tak de pape halangan. Esok merupakan Hari Raya dan hari ni adalah hari terakhir kita brpuasa. rasa mcm cepat je masa berlalu kan?? pejam celik pejam celik dah nak raya. rasa macam baru kemarin kita start puase ye dok???huuaaaaa T.T

Kembali ke tajuk tu. Yupp, braces. B to the R to the A to the C to the E to the S. I'm wearing that right now. So far setahu saya semua org tau apa itu BRACES. Tapi bagi yang tak tahu. Ianya adalah pendakap gigi . Sila lihat gambar di bawah.



Tarrrraaaarrrr!!! benda alah ni lah yang ada dlm mulut saya. Keselesaannya sangatlah menggugat keimanan ku yg semakin rapuh ini dek kerana Ramadhan dah nak habis.. ceehhhwahhh

          "Ehh, dah pakai braces?? "
          " Sakit tak pakai braces tu??"
          "Mahal ker pasang braces ni?? wahh!! kayanye kau"
          "Hahahahahah!! Kesian tak boleh makan"
          "kau buat kat mane??Aku pun nak buat juga"
          "bla bla bla bla bla mulutmu!" (kluar lagu stacy jap)

Ayat di atas adalah soalan yang kebanyakkan kawan saya tanya. walhal bukan saya sorang jer yang pakai. Ramai lagi kawan sekolah saya yang pasang lagi dulu dari saya. hari ni dah nak masuk 3 minggu dah pakai. So..dah agak terbiasalah juga..

Kalau orang tanya kat saya sakit tak pakai braces ni, saya tak nak tambah dosa dengan mengatakan TIDAK!!! sebab memang TERRSAANNGGAAATT SAAAKIITT DOOWWHHH!!

Tapi kejap jer.. around seminggu begitu. Bagi saya, kalau nak pakai braces ni kenalah ready dr segi mental dan fizikal u'ollss! hehehehe. so far saya telah merasa 3 kesakitan.

1. Kesakitan cabut gigi
Cabut gigi adalah aktiviti yang paling digeruni di Malaysia. Siapa yang suka cabut gigi?? takde kan. Ahhh. Begitulah juga saya. Agak rasa nak tercirit juga bila dapat tahu kena cabut gigi. Dua batang pula tu u'olls. Mana kau nak lari ahh..but from my experiences cabut gigi, saya cabut dua batang..dua2 batang tu pun langsung tak sakit. SERIOUSLY!!! saya pun tak tahu kenapa.Orang lain siapa duk nasihat lagi kat kita pulang rumah bawa tidur. Minum air sejuk dan jgn makan benda keras sebab takut sampai rumah bius tadi akan hilang. Saya pun dengan gigihnya menyediakan air sejuk and ready2 nak tidur kononya tak lama lagi rasa bius tu  akan hilang..wahh!!diri ini ditipu oleh gigi sendiri.Saya tunggu punya tunggu dr tgh hari sampai ke malam. RAsa sakit sikit pun takk dakkkk tau!!!Air sejuk yg dah ready2 tu pun jadi panas balik. hehe
bila next appoiment utk cabut gigi ke 2, saya tanya doktor,

     "doktor, kenapa haritu cabut gigi tiada rasa sakit langsung?"
     "oh ya ka? Baguslah. kenapa, kamu mau rasa sakit?"
     "amboii" (dalam hati)

2. Kesakitan pasang getah. 
Getah ni kalau tak silap doktor tu panggil 'elastic'. Apa yang menyebabkan ianya terasa sangaattt sakit adalah disebabkan fungsinya. Fungsinya utk menjarakkan sikit gigi korang yang super rapat tu. YUUPP ! dijarakkan!. tapi tak semua la. Saya pasang dua je. dua gigi terakhir dr dalam. Sakitnya memang take times juga lah. Around seminggu tu supaya ada gaps yang boleh meletakkan bands. Time ni memang tak boleh makan apa2 langsung. Korang boleh bayangkan gigi korang rapat and then terpaksa dijarakkan dgn meletakkan getah tersebut di celah gigi..Walaaahhweii. Sakit sangat part ni. Sampai kat sekolah pun. Kwan duk ketawakan kita sebab tak bleh makan apa2. But, seminggu je okay!

3. Kesakitan pakai braces
kalau masa pasang dalam bilik tu, memang tak rasa sakit pun.  Rasa bosan jer sebab kena menganga lebih kurang sejam lebih. Tapi tak lama lepas tu..kesakitannya mula terasa . Dan kesakitan ni juga selama seminggu. 

4. Kasakitan ketatkan dawai
Saya ckp 3 jer kan kesakitan, sebab kesakitan ni saya belum saya lagi. Pertengahan bulan ni baru ada app.  Yang penting sakit lah


Dah habis pasal kesakitan, sekarang untk harga pula. Sebenarnya, saya buat FREE dekat hospital kerajaan plus saya budak sekolah baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. So memang free lah. Nak cakap lama sampai bertahun tu tak lah. Just berbulan jer. Maybe sebab saya duduk Sabah. Kalau semenanjung, saya tak pasti kena tunggu berapa lama.

Alhamdulillah. dah masuk 3 minggu ni saya boleh rasa lah perubahan sikit. Sorry sebab tak banyak maklumat sangat pasal braces ni. Blog lain pun ada share.. so korang boleh skodeng blog diorang. 



Anywhere..saya nak ucapkan Selamat Hari Raya semua. 
Maaf zahir batin dari kite,
penulis blog Pesanan Cinta. ^_^

29 comments:

  1. Assalamualaikum .. Suka sngt blog akak ni <3
    Akak , time sakit tu kan , akak bole tak tido ? Rasa sakit tu macam mna ? Mean akak rasa cam tak leh tahan , bengkak ka ? Or what ? Mintak penjelasan . Sebab saya nk buat braces . Tpi berbayar punya .. Huaa tak sanggup nak rasa . Tpi lagi tk sanggup nk tengok gigi ni ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. thanks. walaupun jarang update. T_T. Sakit tu mmg sakit..tapi tak lah sampai tak boleh tdur. Sakit tu pn akan rasa kalau kita gigit smething.. itu pn dlm seminggu jerr..pastu mkn apa2 pn dah boleh. bengkak tu tak la.. just sakit mcm sakit gigi biasa. tak pe sakit sekejap jer tu. ^_^

      Delete
  2. Asalamualaikum.kalau nak buat braces kena bawa surat sekolah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti..untuk pengesahan pelajar sekolah. hehe

      Delete
    2. nk dapat surat tu cam ne kak?

      Delete
  3. Saya pun dari sabah:)) seriously free?!dimana kau buat?mcm mana time kau berus gigi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not that kind of free.. but more cheaper than buat di klinik. mcm biasa juga, cuba kena rajin seja lah.. heheheheh

      Delete
  4. Kak, btul ke student bwt braces dpt hrga murah sikit bnding klinik? Akak paid brp? Nak knfomkn psal tgh kumpul duit sndirii nii haaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sis.. saya jarang online. yup kalau student skolah krajaan and salah sorang parents kerja krajaan.. harga lbih murah.. diorng just mnta pngesahan pelajar skolah and pngesahan kakitngan krajaan, itu bleh suruh parents minta.

      Delete
    2. Kalau parents tak keje kerajaan tpi ada surat sekolah dapat free jugak ke

      Delete
  5. adik.. latest braces adik.. kak nak tahu.. sbb kk bau nk stat pkai. dh cabut gg.. mggu depn follow up.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah nnt saya post.. sbb jarang update blog.. slalu post dkat insta jer.. ehehhehe

      Delete
  6. Haii. Saya pun sabahn. Nak tanya, kamu pg hospital queen ka? macamana procedure time first time mau apply buat braces ni? Lama ka mau tunggu dorang terima tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nop..saya asal sandakan. HDOK. pergi bhagian ortodontik . acctually tak lama dlm around 3 atau 4 bulan dah pasang lepas appointment yg lain selesai. tapi hritu saya lambat sikit sbb diorang lost contact sya.. huhu

      Delete
  7. hahaha memang pun.Yang pakai band tu mmg emmm memang part paling sedap dalam memakai braces ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. wahh geng braces juga rupanya..^_^

      Delete
    2. Adik tau mn2 tmpt buat braces area sndkan?

      Delete
    3. Adik tau mn2 tmpt buat braces area sndkan?

      Delete
  8. Bole minta contact adik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh follow sya dkat insta: weeyah_abdullah and dm me there. Saya aktif sikit kat insta banding dkat blog

      Delete
  9. Sabahan too!!👋👋
    Macam mana buat appointment ya?? Saya nak buat di HDOK pula.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi klinik dbwah hospital . gi bhagian pergigian. Ckp sja mau pkai braces.

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Slm, nk xnye lah akk...time psng ni mmg xleh amik enjiction ke? Cm enjection tuk tahan sakit ke or something else....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time psang mmg takde inject pape.. Sbb msa psang tu tak sakit pun. But after few hours bru ada rasa sakit. So far sya inject msa cabut gigi je..hehe

      Delete
  13. Hahaha ni hari ketiga saya pakai braces, sakit tu masih ado , mudah- mudahkan akan hilanh kesaitan nie 😂

    ReplyDelete
  14. Hai akak... Saya nak sangat pakai braces tapi bila baca semua ni hilang semangat sbb saya punya fizikal dan mental takde lah kuat mana . tapi saya nak tanya sakit tu mcm mana rasanya sbb saya takut..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, nak tanya. Saya pun orang Sabah juga jadi kalau budak sekolah umur 12 tahun boleh buat braces tak? and berapa kos harga? Harap boleh membantu :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana memberi komen
Komen anda sangat membantu...
In Sya Allah...saya reply..
Syukran Jazilan