Tuesday 29 July 2014

Selamat Hari Raya by Pesanan Cinta

"selamat hari raya...hari untuk kita bersuka ria.. lallalalalala"
*nyanyi jap*



Alhamdulillah. Hari ni dah masuk raya kedua dah. 
tahun ni first time sambut raya pakai gigi braces. Keselesaannya mengunyah daging mashaa Allah. tak terkata aku nyahh. Tapi lantak lah. raya setahun sekali. ye dok???

Tahun ni sambut raya biasa2 jer. Tak meriah mana, tak sesunyi mana pun. Semua sederhana jer. Menu raya kitorang agak berbeza lain dr yang lain gitu. Orang lain semua sumbat ketupat, lemang, rendang, ayam masak merah semua dalam perut. kitorang pula disebabkan seratus peratus orang Banjar. So, menu raya kitorang adalah SOTO BANJAR. soto not coto okay!!



Resepi ni memang resepi asli sebab tu jarang orang hidang menu ni dekat Sabah. maybe ada tapi tak banyak lah. And of coz resepi ni resepi turun temurun. sooo...i tak kesah kalau baju kurung sekolah i tak muat lepas buka sekolah nnt. Ambooiii!!

Tak kisah lah apa pun juadah kita di pagi raya. Yang penting adalah cara kita bersyukur dan menghargai 1 Syawal itu. Nak makan spagetti ke, pizza ke, lantak lah. Yang penting jangan membazir. 

1 Syawal adalah hari kemenangan bagi umat Islam. Walaupun sekarang kita dapat lihat peperangan yang berlaku di Gaza. Wallahualam, siapa tahu.. kemenangan akan menanti mereka di alam sana? 
Amin ya rabb.

Sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam. Happy Eid Mubarak eberibadii!!
Maaf zahir dan batin sekali kalau saya ada salah tulis yer.



p/s : Cuti raya kejap jer. Pastu buka sekolah busy balik . terpaksalah tunggu cuti cina baru cuti lama sikit. Well! budak sekolah cina lah katakan ^_^


1 comment:

  1. Anda telah di'tag'
    http://eikorina.blogspot.com/2014/09/blogger-liebster-award.html

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana memberi komen
Komen anda sangat membantu...
In Sya Allah...saya reply..
Syukran Jazilan