Monday, 22 October 2012

AWAS ! 7 Jenis Tudung Zaman Sekarang


Aurat merupakan kewajipan dlm Islam dan tidak sepatutnya di ambil remeh. sekadar untuk renungan bersama dengan beberapa contoh yg mesti dihindar ... tak de siapa yang perfect d dunia nie....tp tidak salah untuk cuba jadi yg sempurna.... :)


1. Tudung Nasi Lemak

Tudung tu mcm kita lilit je shawl @ selendang  yg menyebabkan nampak rambut di depan atau leher...alah..!! try dlam bilik, lilit je tu shawl tanpa guna pin or peniti..takde gambar ekk..!Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.


2. Tudung Bukit















Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…

4. Tudung Alien
















Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana


Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…

6. Tudung Siput

Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Irma  Hasmie ke...Diana Amir ke...sejuk mata memandang.


Credit : Klik sini

Saturday, 20 October 2012

Adab Makan dan Minum cara Islam


Assalamualaikum....


Islam menitikberatkan adab-adab dalam kehidupan seharian termasuk makan dan minum. Dalam Islam, sudah ada dalil dan hadis yang boleh menggambarkan betapa Islam ini mementingkan setiap perbuatan sopan dalam kehidupan seharian.
Di sini ada beberapa  adab yang disertakan dgn hadis Rasulullah s.a.w, antaranya :

  1. Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w melarang bernafas dalam bejana (gelas atau cawan) atau menghembus padanya . (Imam Tirmizi)
  2. Membaca Bismillah. Rasulullah s.a.w bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan disamping baginda " Wahai kanak- kanak, sebutlah nama Allah (HR Bukhari dan Muslim)
  3. Makab dan minum dgn tangan kanan. Apabila  salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan atau minum menggunakan tangan kanan.Kerna sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya (HR Muslim)
  4. Jangan makan seorang diri (terpencil) jika masih boleh makan secara berkumpulan, kerana ia lebih berkat dan bersatu hati
  5. Dan makan serta minumlah, jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan org2 yang melampaui batas. (al-A'arf : 31)
  6. Jangan sesekali mencaci makanan.    Abu Hurairah penah memberitakan "
Tidaklah sesekali Rasulullah s.a.w mencaci atau mengaib makannya yg terhidang di hadapnnya. Jika baginda ingin memakanya, baginda akan makan. Namun, jika baginda tidak ingin, baginda akan meninggalkannya (HR Bukhari)

    7. Tidak makan terlalu banyak. Nabi s.a.w bersabda :

   "orang mukmin itu akan dengan menggunakan satu perut sedangkan orang kafir makan menggunakan tujuh perut (HR Muslim)

Tuesday, 16 October 2012

Segmen : Tingkatkan Follower Sampai Lebam



My follower dengan bangganya

Segmen Tambah Followers Laju Laju by IekaFarhana




Assalamualaikum....

first segmen......nak tambah follower yg ciput-keput nie...
follower saya  baru ada TIGA....  * 3 FOLLOWERS...yeeeaaahhhh!!!!
ada tiga....hahah

jom join segmen nie....bleh tambah follower jgk...
nak join??? tekan banner kat atas tu.....
" I will follow u" (lagu digi)





Saturday, 13 October 2012

Anas Bin Malik


Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori  tidak asing lagi sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan hadith, kenalkah anda siapakah Anas Bin Malik ini?
Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik menjadi salah seorang perawi hadith pada zaman Rasullullah S.A.W dan bagaimanakah kehidupan beliau semasa zaman Rasullullah. Pengkaji sejarah menyatakan Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadis sepanjang kehidupannya bersama Rasulullah.Wallahua’lam..
Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaim iaitu wanita pertama yang memeluk Islam dalam kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah. Ayahnya pula bernama Malik ibn Nadr dan beliau tidak memeluk Islam.
Bagaimana Anas Bin Malik menjadi sangat rapat dengan baginda Rasulullah?
Kisahnya begini…
Seluruh bumi Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota Makkah. Seperti menunggu satu cahaya dan berharap cahaya ini akan segera datang dan muncul. Rasa cemas terpancar jelas di dalam mata mereka. Sesaat kemudian, semua orang melompat kegirangan tidak kira tua, muda dan kanak-kanak. Semuanya bergembira. Seorang ibu bergegas membawa putera kecilnya menuju ke arah yang sama. Semua berlumba dan berlari agar mendapat tempat bagi melihat susuk tubuh itu sepuas-puasnya. Tidak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan orang ramai agar mendapat tempat di bahagian hadapan.
Semua orang lantas berlumba memberikan hadiah terbaik mereka untuk Rasulullah S.A.W yang mulia. Ummu Sulaim yang hidup miskin ditinggalkan oleh suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin sekali memberikan hadiah istimewa buat Rasulullah. Lantas beliau mendatangi kediaman Rasulullah S.A.W dengan membawa putera yang satu-satunya.
“Wahai Rasulullah…tidak ada di Madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka yang memberimu hadiah, dan sungguh saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini, bawalah ia agar bisa berkhidmat kepadamu” Ucap Ummu Sulaim dengan linangan air mata bahagia. Rasulullah S.A.W tersenyum dan mengusap kepala Anas  yang masih kecil dan memeluknya erat.
Sejak itu, Anas bin Malik sentiasa bersama Rasulullah S.A.W setiap masa dan di mana jua. Beliau hidup bersama Rasulullah S.A.W selama sepuluh tahun. Inilah detik dan saatnya, Anas bin Malik menjadi pembantu pemimpin dunia iaitu apabila tibanya Rasullullah di Madinah, ibunya mengarahnya berkhidmat kepada Rasullullah. Ketika ini beliau berumur 10 tahun dan apabila baginda wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Dalam masa umur beliau 10 hingga 20 tahun beliau mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda apabila beliau sentiasa mengekori Rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana beliau adalah salah seorang sahabat yang amat memahami keadaan Rasulullah, tahu akan kesusahan Rasulullah, dan arif akan sifat dan tingkah laku Rasulullah.
Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik
Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang menjadi pembantu Rasullullah yang diarahkan ke pasar. Ketika mendapati Anas kecil yang lalai mengerjakan tugasnya, Rasulullah S.A.W tidaklah marah. Namun beliau malah tersenyum. Anas bin Malik berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus oleh baginda untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat.
Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sedar ada seseorang berdiri memerhatiku dan memegang ubun-ubunku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat Rasulullah S.A.W tersenyum kepadaku lalu berkata, “wahai Unais, apakah engkau telah mengerjakan perintahku?” Aku bingung dan berkata, “ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!”
Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, “mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?”
Unais bermaksud Anas kecil. Nama panggilan Rasullullah kepada Anas. Apa yang dapat kita gambarkan mengenai sifat Rasullullah ini? Seorang yang mulia akhlaknya. Maka hari ini, bukan setakat penyakit keturunan adalah “genetik” yang heboh diperdebatkan, malahan akhlak dan peribadi juga adalah salah satu permasalah genetik yang tidak sedikit kita persoalkan. Melalui pengalaman yang dilalui sendiri, dalam kehidupan sekarang kita melihat bagaimana bapa yang pemarah dan bengis, sedikit sebanyak akan mempunyai kesan mental terhadap anaknya yang bakal mewarisi sifat yang sama. Bezanya penyakit genetik ini dapat diubah melalui tarbiah jiwa dan rohani.
Melihat akhlak Rasulullah yang mulia memberi kesan yang mendalam kepada Anas Bin Malik sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Apatah lagi memiliki ibu iaitu Ummu Sulaim yang mempunyai kekuatan iman yang hebat. Beberapa kisah yang menceritakan betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan Ummu Sulaim. Antaranya adalah kesanggupannya untuk menyerahkan putera tunggalnya Anas Bin Malik ini untuk berkhidmat kepada Rasullullah. Seorang ibu yang yakin bahawa anaknya akan menjadi orang yang hebat apabila duduk bersama dengan orang yang hebat.
Peristiwa lain yang memperlihatkan kekuatan iman Ummu Sulaim ini berdasarkan peristiwa beliau dilamar oleh Abu Talhah yang merupakan salah seorang saudagar yang terkaya dalam kalangan penduduk Madinah tetapi belum lagi memeluk Islam. Gambaran jelas terpancar pada kekuatan iman Ummu Sulaim apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta Abu Talhah tetapi pada keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan.
Kehidupan Anas selepas wafatnya Rasullullah
Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara sahabat yang sangat sedih. Menjadi pembantu peribadi kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Beliau kemudiannya berpindah dan menjadi duta besar umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah. Beliau juga adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umur. Umurnya menjangkaui usia 100 tahun lebih. Beliau mempunyai ramai zuriat yang kebanyakannya menetap di Basrah.
Pendidikan yang diperoleh Anas bin Malik daripada  Rasulullah yang boleh dianggap seperti bapanya sendiri amat mempengaruhi peribadinya, beliau mencontohi sifat-sifat Rasulullah secara syumul dan peribadi Rasulullah tidak lain dan tidak bukan di adaptasi daripada Al-Quran, marilah kita sama-sama menganalisis dan muhasabah diri, sejauh mana keakraban kita bersama Al-Quran.

First, One and The Beginning


ASSALAMUALAIKUM...

ohh...! blog ni kalau tak silap dah blog yg ke-tiga. Blog lalu dah delete atas sebab2 yg tertentu...
Well ! gagal buat blog kan, tak nak bagi tau lah..
so..............
  
ok.............


errrmmmmm......


Full name Robiatul Adawwiyyah Binti Abdullah, but friend call me 'rAbiatul'..
there is a different between 'O' and 'A'
'O bulat, 'A' tiga segi....

but, saya tak kesah! 
asalkan nama saya tak diburukkan..and saya masih menyahut bila org panggil saya
YAHH, my parent gave me the name ok!!
mana boleh biarkan diburukkan,
kan..kan..kan??

buat masa sekarang, umur 14 tahun..
 YES ! i know i'm still young...

next year, saya akan menduduki PMR..
the "LAST" PMR!!!!
rasa bangga pun ada, rasa takut pun ada..
ye lah.mcm mana kalau dpt result teruk??
Nauzubillah.
terfikir, malu tau nak bagi tau anak cucu nnt
dah lah LAST PMR..
rrrggghhh

one think u have to know about me that i from Sabah.
so, kalau language saya bertukar....saya jd SABAHANNNNNN.....


The more important is, i am MUSLIM...trying to be MUSLIMAH
In sya Allah...

Walaikumsalam