Tuesday 23 June 2015

Seminar Fiqh Belia 2015

Assalamualaikum...
Dan haii !!

Alhamdulillah sekarang sudah masuk Ramadan ke 7. Syukur sangat Allah bagi kita peluang untuk merasai nikmat Ramadan yang penuh barakah ni. Korang tu..puasa ke tidok?? Hehehe

Jumaat lepas bersamaan 2 Ramadan 1436 Hijrah..mama saya suruh ikut satu seminar ni untuk wakil masjid. Awal tu sejujurnya memang saya tak nak ikut disebabkan hari tu adalah hari Jumaat which is hari sekolah. Bukan nak cakap saya ni rajin nak mampus datang sekolah hari-hari, tapi disebabkan kerja kursus Addmaths saya kena hantar pada hari yang sama..niat pun terbantut. Aduhh !! Lemahnya iman.  

Tapi bila fikir-fikir balik, why not saya pergi. Pergi ke majlis ilmu Mashaa Allah perkara baik tu beb. Diri ni sedar dengan kekurangan ilmu di dada dan otak. Kadang seminar mcm ni mmg sesuai utk budak yang tak da pedoman sikit macam hmmmm..hahhaha

Alhamdullillah, selepas sesi pujuk memujuk utk diberikan masa sikit, cikgu pun benarkan hantar hari Isnin. Cikgu Addmaths saya orang Cina. So NO RACISTISM HAPPENED in my school 
In shaa Allah.







So, seminar ni berlangsung dari 8 pagi hingga 5.30 ptg. So korang boleh bayangkan betapa ceramah sanggaaatttt lama. But seriously, i have to admit it yang sepanjang ceramah tersebut, saya langsung tak rasa mengantuk, 
Menguap tu adalah sikit hahahhaha

Really ! I enjoyed this seminar so much. Tambahan pula kitorang dapat seat paling depan. No wonder lah kitorang enjoy this seminar. Seminar ni tak lah ‘berat’ sangat, it more to santai mantaii bantaiiiiiii punya.. Penceramah pula semua yang sempoi-sempoi belaka. Subhanallah, rasa tak rugi buat muka ‘sepusen’ dekat cikgu supaya boleh ambik cuti hari jumaat. Hehehe

Fadzli UNIC 


wassalam 
-xoxo-

Saturday 14 March 2015

To JUDGE is FITRAH


tapi jangan judge blog aku T_T




Agak mendalam tajuk kali ni.. Sedalam cintaku padamuu -_-. Okay STOP !

Assalamualaikum...
Semenjak dah jadi 'senior' dekat sekolah dan dengan rasminya umur dah 17 tahun dan makin cantik  dan RIAK .. memang  jarang sangat bukan blog kesayangan hamba yang tak berapa nak blog sangat ni. Bukan apa..selain sibuk belajar, sibuk kacau tepi kain orang dan sibuk memikirkan betul ke mak dia sanggup naik basikal semata-mata nak salut planta dlm roti anaknya.. 
Mak naik basikal..basikal takdakkkk..Tak kelakorrrrr !!
Saya sebenarnya takde cerita nak tulis..ditambah dengan kemalasan yang Mashaa Allah.. 
memang hasilnya bersarang la blog ni..
okay back to the title.

Hmmmm...

Sebut pasal judging ni kan, dah tahu sangat dah nak cerita pasal apa. 
Pasal mengata orang lettew.. 

" Kau tengok dia tu, dah lah gemokk pakai pula baju ketat-ketat..dah takda baju lain ke"

        "Apasal dia tu gedik semacam ahhh?? Kecik beso kecik beso jer aku tengok eee geram pula"

           "Kau nampak tak si Minah anak Pak pat cikulipat siapa cepat dia dapat tu ??hari tu dia keluar dengan anak tok penghuluuuu uuuuu uuu"

           "kau pernah baca tak ada blog satu tu yang apa cinta ntah di pesan.. tak best tau blog tu " 
tolong blah dari sini
         
well.. tak dinafikan kita semua pernah judge atau kata lainnya MENGHAKIMI orang lain..itu FITRAH sayang.. sama juga macam cinta . Semua manusia Allah berikan perasaan cinta itu tanpa kita sedar. Dan cinta tu pun boleh jadi perkara baik dan buruk.. Yang buruknya apa?? bercinta dengan yang HARAM. baiknya pula apa.?? bercinta dengan diriku yang HALAL... hehe
Tapi bila sebut pasal judging ni pula.. orang akan fikir mengutuk lah..mengata orang lah..cakap belakang lah.. lah lah lah lahhh.. 


Dalam Islam sendiri pun memang memberi hukum bahawa kutuk orang sana sini adalah satu dosa. Tapi sebagai manusia, kita semua buat silap.. Saya pun tak nafikan benda ni saya tak pernah buat.
Kadang kita judge orang sebab kita rasa diri kita ni perfect nak mampus..rasa kita lebih 'mulia' dari orang lain. Walhal Allah tak pandang pun semua tu.. sedikit pun tak sayang. Jadi kita sepatutnya ada rasa malu sebab kita duk sibuk kutuk orang sedangkan level kita sama jer dengan dia disisi Allah. 
or maybe lebih teruk. 
Tapi macam mana pula bila benda tu kita jadikan sesuatu yang berguna untuk diri kita sendiri..


"Kau nampak tak perempuan pakai tudung labuh tu.. bilalah aku nak pakai macam tu yer" *telanairliur

"Kau dengar tak dia baca Quran tadi.. merdu giler.. suara aku nyanyi twinkle twinkle little star pun kelaut"

"Eh beb.. kau kenal tak Salleh yang dulu jadi Sally tu?? Sekarang dah jadi Salleh balik dah.. Salleh Sado..Aku sukaaaa ~~"

tup tup Allah dah berikan hidayah untuk kita..ye dok??
saya tak cakap yang menghakim orang ni bagus. NO NO NO !!! dosa tetap dosa.
Tapi bila kita TERtiba judging someone, pastikan ketika itu minda kita setiasa terbuka. Open minded omputih bilang. Bukan Om yang putih. Orang putih.
Bila minda kita terbuka semasa judging people..pastikan apa yang kita fikir semua benda baik baik.
HUSNUZON itu penting awaaa
Kita bersangka baik, In Shaa Allah apa yang keluar dari mulut kita semuanya baik-baik belaka.

Wallahualam. Hidayah itu milik Allah. Apa-apa pun boleh jadi atas kehendakNya. Kun Faya kun right?.
It is true that to JUDGE is FITRAH..tapi selagi kita masih ada iman.. selagi tu kita boleh lawan godaan syaitannirojim right?? Umat Nabi Muhammad kan kuat-kuat belaka. 
Amin ya Rabb


-xoxo-











Wednesday 24 December 2014

Lah Tahzan #PrayForPantaiTimur

Assalamualaikum dan hai.

Sungguh mendukacitakan sekali bahawasanya diri ini jarang sangat update blog. Sungguh diri ini sangat merindui blogku yang hina lagi unperfect ini laksana tuan tanah kedaungnya. Sungguh..sungguhku tak mampu menahan rindu ahh ahh ! Haha

Alhamdulillah beberapa hari lagi tahun 2014 akan bye bye dan 2015 say haii haii ! Which means..i will sit for my SPM next year. Huahahahha. Bila nak masuk tahun baru ni..rasa macam kiamat nak makin hampir dan aku masih lagi begini Ya Allah. Bila dah tak tahu nak tulis apa..macam tu lah jadinya. Mengarutsss dan mengurutsss !  Tapi, ingat mati kan dapat pahala juga. ^_^

Apa-apa pun, saya turut dukacita dengan apa yang berlaku di Pantai Timur sekarang.. Walaupun jauh di Sabah..tiada bezanya. Disini tetap merasai dugaan yang Allah beri. Mana tak nya..tiap kali buka insta, twitter..mesti ada tentang mangsa banjir yang memohon pertolongan. Ada yang sampai terputus hubungan darat..bantuan tak sampai..terperangkap sana sini..dan saya pula tengah sibuk scroll twitter moment bagai.  Saya mengaku saya tak dapat tolong dari segi duit ataupun tenaga..apa yang saya mampu cuma kirimkan doa agar Allah berikan yang terbaik buat mereka. Kena ingat, dugaan besar..besarlah juga ganjarannya kan?? In shaa Allah Amin.. Takpe, Allah knows the best for us.

Lah tahzan . Innallah ma'ana

Wassalam

Tuesday 29 July 2014

Selamat Hari Raya by Pesanan Cinta

"selamat hari raya...hari untuk kita bersuka ria.. lallalalalala"
*nyanyi jap*



Alhamdulillah. Hari ni dah masuk raya kedua dah. 
tahun ni first time sambut raya pakai gigi braces. Keselesaannya mengunyah daging mashaa Allah. tak terkata aku nyahh. Tapi lantak lah. raya setahun sekali. ye dok???

Tahun ni sambut raya biasa2 jer. Tak meriah mana, tak sesunyi mana pun. Semua sederhana jer. Menu raya kitorang agak berbeza lain dr yang lain gitu. Orang lain semua sumbat ketupat, lemang, rendang, ayam masak merah semua dalam perut. kitorang pula disebabkan seratus peratus orang Banjar. So, menu raya kitorang adalah SOTO BANJAR. soto not coto okay!!



Resepi ni memang resepi asli sebab tu jarang orang hidang menu ni dekat Sabah. maybe ada tapi tak banyak lah. And of coz resepi ni resepi turun temurun. sooo...i tak kesah kalau baju kurung sekolah i tak muat lepas buka sekolah nnt. Ambooiii!!

Tak kisah lah apa pun juadah kita di pagi raya. Yang penting adalah cara kita bersyukur dan menghargai 1 Syawal itu. Nak makan spagetti ke, pizza ke, lantak lah. Yang penting jangan membazir. 

1 Syawal adalah hari kemenangan bagi umat Islam. Walaupun sekarang kita dapat lihat peperangan yang berlaku di Gaza. Wallahualam, siapa tahu.. kemenangan akan menanti mereka di alam sana? 
Amin ya rabb.

Sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam. Happy Eid Mubarak eberibadii!!
Maaf zahir dan batin sekali kalau saya ada salah tulis yer.



p/s : Cuti raya kejap jer. Pastu buka sekolah busy balik . terpaksalah tunggu cuti cina baru cuti lama sikit. Well! budak sekolah cina lah katakan ^_^


Saturday 26 July 2014

Pengalaman Pakai Braces

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. In Shaa Allah kalau tak de pape halangan. Esok merupakan Hari Raya dan hari ni adalah hari terakhir kita brpuasa. rasa mcm cepat je masa berlalu kan?? pejam celik pejam celik dah nak raya. rasa macam baru kemarin kita start puase ye dok???huuaaaaa T.T

Kembali ke tajuk tu. Yupp, braces. B to the R to the A to the C to the E to the S. I'm wearing that right now. So far setahu saya semua org tau apa itu BRACES. Tapi bagi yang tak tahu. Ianya adalah pendakap gigi . Sila lihat gambar di bawah.



Tarrrraaaarrrr!!! benda alah ni lah yang ada dlm mulut saya. Keselesaannya sangatlah menggugat keimanan ku yg semakin rapuh ini dek kerana Ramadhan dah nak habis.. ceehhhwahhh

          "Ehh, dah pakai braces?? "
          " Sakit tak pakai braces tu??"
          "Mahal ker pasang braces ni?? wahh!! kayanye kau"
          "Hahahahahah!! Kesian tak boleh makan"
          "kau buat kat mane??Aku pun nak buat juga"
          "bla bla bla bla bla mulutmu!" (kluar lagu stacy jap)

Ayat di atas adalah soalan yang kebanyakkan kawan saya tanya. walhal bukan saya sorang jer yang pakai. Ramai lagi kawan sekolah saya yang pasang lagi dulu dari saya. hari ni dah nak masuk 3 minggu dah pakai. So..dah agak terbiasalah juga..

Kalau orang tanya kat saya sakit tak pakai braces ni, saya tak nak tambah dosa dengan mengatakan TIDAK!!! sebab memang TERRSAANNGGAAATT SAAAKIITT DOOWWHHH!!

Tapi kejap jer.. around seminggu begitu. Bagi saya, kalau nak pakai braces ni kenalah ready dr segi mental dan fizikal u'ollss! hehehehe. so far saya telah merasa 3 kesakitan.

1. Kesakitan cabut gigi
Cabut gigi adalah aktiviti yang paling digeruni di Malaysia. Siapa yang suka cabut gigi?? takde kan. Ahhh. Begitulah juga saya. Agak rasa nak tercirit juga bila dapat tahu kena cabut gigi. Dua batang pula tu u'olls. Mana kau nak lari ahh..but from my experiences cabut gigi, saya cabut dua batang..dua2 batang tu pun langsung tak sakit. SERIOUSLY!!! saya pun tak tahu kenapa.Orang lain siapa duk nasihat lagi kat kita pulang rumah bawa tidur. Minum air sejuk dan jgn makan benda keras sebab takut sampai rumah bius tadi akan hilang. Saya pun dengan gigihnya menyediakan air sejuk and ready2 nak tidur kononya tak lama lagi rasa bius tu  akan hilang..wahh!!diri ini ditipu oleh gigi sendiri.Saya tunggu punya tunggu dr tgh hari sampai ke malam. RAsa sakit sikit pun takk dakkkk tau!!!Air sejuk yg dah ready2 tu pun jadi panas balik. hehe
bila next appoiment utk cabut gigi ke 2, saya tanya doktor,

     "doktor, kenapa haritu cabut gigi tiada rasa sakit langsung?"
     "oh ya ka? Baguslah. kenapa, kamu mau rasa sakit?"
     "amboii" (dalam hati)

2. Kesakitan pasang getah. 
Getah ni kalau tak silap doktor tu panggil 'elastic'. Apa yang menyebabkan ianya terasa sangaattt sakit adalah disebabkan fungsinya. Fungsinya utk menjarakkan sikit gigi korang yang super rapat tu. YUUPP ! dijarakkan!. tapi tak semua la. Saya pasang dua je. dua gigi terakhir dr dalam. Sakitnya memang take times juga lah. Around seminggu tu supaya ada gaps yang boleh meletakkan bands. Time ni memang tak boleh makan apa2 langsung. Korang boleh bayangkan gigi korang rapat and then terpaksa dijarakkan dgn meletakkan getah tersebut di celah gigi..Walaaahhweii. Sakit sangat part ni. Sampai kat sekolah pun. Kwan duk ketawakan kita sebab tak bleh makan apa2. But, seminggu je okay!

3. Kesakitan pakai braces
kalau masa pasang dalam bilik tu, memang tak rasa sakit pun.  Rasa bosan jer sebab kena menganga lebih kurang sejam lebih. Tapi tak lama lepas tu..kesakitannya mula terasa . Dan kesakitan ni juga selama seminggu. 

4. Kasakitan ketatkan dawai
Saya ckp 3 jer kan kesakitan, sebab kesakitan ni saya belum saya lagi. Pertengahan bulan ni baru ada app.  Yang penting sakit lah


Dah habis pasal kesakitan, sekarang untk harga pula. Sebenarnya, saya buat FREE dekat hospital kerajaan plus saya budak sekolah baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. So memang free lah. Nak cakap lama sampai bertahun tu tak lah. Just berbulan jer. Maybe sebab saya duduk Sabah. Kalau semenanjung, saya tak pasti kena tunggu berapa lama.

Alhamdulillah. dah masuk 3 minggu ni saya boleh rasa lah perubahan sikit. Sorry sebab tak banyak maklumat sangat pasal braces ni. Blog lain pun ada share.. so korang boleh skodeng blog diorang. 



Anywhere..saya nak ucapkan Selamat Hari Raya semua. 
Maaf zahir batin dari kite,
penulis blog Pesanan Cinta. ^_^

Saturday 14 June 2014

Pameran Buku Sandakan

Assalamualaikum..

Mashaa Allah, lama sungguh ana tidak hapdate blog ana. Hmmph! Unta fadang fasir fun tadak malas mcm ana. Sampai bersawang blog ana tinggalkan.
  *laphabuk*

Ok. Lupakan tentang kemalasanku.. Nih hah ceq nak habaq maih kat hampa semua. Baru2 ni ceq gi dekat Pameran Buku tmpt org pamerkan buku. Of cos lah kan. Takkan pamerkan aurat. Huhu.

Dipendekkan cerita, kita ni pun bukan jenis kaki novel sgt. So, tahap ke’excited'nya pun tak kemuncak sgt bila tgk novel verlamvok-lamvok kat situ.
Tak padan dengan pendek, pusing-pusing dewan Smk Yu Yuan, Sandakan, Sabah, Malaysia Bumi Allah tu pun cuma nak me'nyibuk'kan diri. Sampailah kaki hamba tiba-tiba terhenti disuatu sudut nan gelap (cehh ayat)

Dipendekkan sependek-pendek cerita..saya pun membelilah sebuah buku. Tajuk buku tu pula sama dgn tajuk lagu Anna Raffali, "Kalau Berpacaran" karya Abang Fuad hj. Sam *lek lu je panggil abang*

Alhamdulillah, i took only a day utk habiskan buku tu. Buku tu best sebenarnya sbb dlm buku tu betul2 abg penulis bagi kesan and keburukkan couple. Nasib baik ceq takde boiprengg, kalau tidak...sudah tentu ceq terasa . wahahahha.

In Shaa Allah, kalau diri ini rajin, diri ini akan cuba share apa yang berguna drpd buku tu. Ceq tak janji nahh..tp ceq akan cuba. Wahh! Teruk bebenor loghat utara aku. Salahkah org Sabah nak try test loghat utara huh?

Itu jer lah. Tak rugi sebenarnya kalau korang baca buku tu especially bgi remaja seperti l ni.

P/s : "Tiada cinta suci kecuali yang halal. Dan yang halal itulah dinamakan cinta HIGH CLASS"

Thursday 19 December 2013

Keputusan PMR lebih dari yang dijangka. Alhamdulillah

Alhamdulillah, syukur ke atas Allah SWT kerana melihatkan kekuasaanNya kpd saya. Tiada siapa sangka bahkan saya sendiri pun tak sangka boleh dapat straight A dalam PMR. Bersyukur sangat2 sebab tiada yang sangka saya boleh dapat 8A dlm PMR kali ni. nak cakap saya study hard, two weeks before adalah. Two years before, jangan harap.

Permulaannya macam ni, saya pegi sekolah ikut kwan punya mumm. Izzati. Masa otw tu memang dpt text mak minta doa..minta kakak2 lain doa kan. Tapi tak dilayan -_-'

Sampai sekolah around 9.45 am begitu. Makin ramai yang dtg, makin banyak jugak nebes tu dtg. Seriusly, sepanjang duduk tu, apa yang difikir semuanya negatif. Rasa macam otak ni magnet yang berkutubkan positif.. dan apa yang ditarik. .negatif... peerrgghh

10.00 am. Pergi dewan bacaan sekolah..rasa excited ada, rasa nak tercirit pun ada.Saya bagi rakan cina yang lain ambil dulu..tak berani weii!.

tapi bila nampak ramai dah yang ambil..excited pun menjelma.. Berdiri dpn guru kelas, memberi senyumam seikhlas yang boleh and suddenly cikgu cakap

       "Lepas ni boleh lah belanja cikgu"

       "kenapa cikgu" (muka macam orang hilang anak)
Bila cikgu ckp macam tu, memang tau la result ok. tapi langsung  tak fikir 8A. fikir dapat 5 atau 6 je. Apa tak nya, trial PMR pun dapat dua je, kelas pun kelas C. kelas ketiga, So of coz la sekolah tak target besaq punya. tambahan pula muka pun macam muka tercicir A. ada hati dapat straight A

     And Alhamdullilah.. again. Cikgu bagi sambil cakap

      "tahniah, 8A"

-------

Kalau orang tanya apa tips kejayaan. (walaupun tiada yang tanya) . For me.

DOA dan USAHA.

Kalau kita dok study very very hard pun, tapi tak dak doa. Its nothing bro!
Dan...

Kalau kita dok berdoa 24jam tanpa belajar. Its also nothing .....broooo

Doa mak bapa pun penting...solat hajat pun penting. Yang penting, apa yg penting, dipentingkan








Go go Hariamu Muda ^_^

Peace yo!