Wednesday, 24 December 2014

Lah Tahzan #PrayForPantaiTimur

Assalamualaikum dan hai.

Sungguh mendukacitakan sekali bahawasanya diri ini jarang sangat update blog. Sungguh diri ini sangat merindui blogku yang hina lagi unperfect ini laksana tuan tanah kedaungnya. Sungguh..sungguhku tak mampu menahan rindu ahh ahh ! Haha

Alhamdulillah beberapa hari lagi tahun 2014 akan bye bye dan 2015 say haii haii ! Which means..i will sit for my SPM next year. Huahahahha. Bila nak masuk tahun baru ni..rasa macam kiamat nak makin hampir dan aku masih lagi begini Ya Allah. Bila dah tak tahu nak tulis apa..macam tu lah jadinya. Mengarutsss dan mengurutsss !  Tapi, ingat mati kan dapat pahala juga. ^_^

Apa-apa pun, saya turut dukacita dengan apa yang berlaku di Pantai Timur sekarang.. Walaupun jauh di Sabah..tiada bezanya. Disini tetap merasai dugaan yang Allah beri. Mana tak nya..tiap kali buka insta, twitter..mesti ada tentang mangsa banjir yang memohon pertolongan. Ada yang sampai terputus hubungan darat..bantuan tak sampai..terperangkap sana sini..dan saya pula tengah sibuk scroll twitter moment bagai.  Saya mengaku saya tak dapat tolong dari segi duit ataupun tenaga..apa yang saya mampu cuma kirimkan doa agar Allah berikan yang terbaik buat mereka. Kena ingat, dugaan besar..besarlah juga ganjarannya kan?? In shaa Allah Amin.. Takpe, Allah knows the best for us.

Lah tahzan . Innallah ma'ana

Wassalam

Tuesday, 29 July 2014

Selamat Hari Raya by Pesanan Cinta

"selamat hari raya...hari untuk kita bersuka ria.. lallalalalala"
*nyanyi jap*



Alhamdulillah. Hari ni dah masuk raya kedua dah. 
tahun ni first time sambut raya pakai gigi braces. Keselesaannya mengunyah daging mashaa Allah. tak terkata aku nyahh. Tapi lantak lah. raya setahun sekali. ye dok???

Tahun ni sambut raya biasa2 jer. Tak meriah mana, tak sesunyi mana pun. Semua sederhana jer. Menu raya kitorang agak berbeza lain dr yang lain gitu. Orang lain semua sumbat ketupat, lemang, rendang, ayam masak merah semua dalam perut. kitorang pula disebabkan seratus peratus orang Banjar. So, menu raya kitorang adalah SOTO BANJAR. soto not coto okay!!



Resepi ni memang resepi asli sebab tu jarang orang hidang menu ni dekat Sabah. maybe ada tapi tak banyak lah. And of coz resepi ni resepi turun temurun. sooo...i tak kesah kalau baju kurung sekolah i tak muat lepas buka sekolah nnt. Ambooiii!!

Tak kisah lah apa pun juadah kita di pagi raya. Yang penting adalah cara kita bersyukur dan menghargai 1 Syawal itu. Nak makan spagetti ke, pizza ke, lantak lah. Yang penting jangan membazir. 

1 Syawal adalah hari kemenangan bagi umat Islam. Walaupun sekarang kita dapat lihat peperangan yang berlaku di Gaza. Wallahualam, siapa tahu.. kemenangan akan menanti mereka di alam sana? 
Amin ya rabb.

Sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam. Happy Eid Mubarak eberibadii!!
Maaf zahir dan batin sekali kalau saya ada salah tulis yer.



p/s : Cuti raya kejap jer. Pastu buka sekolah busy balik . terpaksalah tunggu cuti cina baru cuti lama sikit. Well! budak sekolah cina lah katakan ^_^


Saturday, 26 July 2014

Pengalaman Pakai Braces

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. In Shaa Allah kalau tak de pape halangan. Esok merupakan Hari Raya dan hari ni adalah hari terakhir kita brpuasa. rasa mcm cepat je masa berlalu kan?? pejam celik pejam celik dah nak raya. rasa macam baru kemarin kita start puase ye dok???huuaaaaa T.T

Kembali ke tajuk tu. Yupp, braces. B to the R to the A to the C to the E to the S. I'm wearing that right now. So far setahu saya semua org tau apa itu BRACES. Tapi bagi yang tak tahu. Ianya adalah pendakap gigi . Sila lihat gambar di bawah.



Tarrrraaaarrrr!!! benda alah ni lah yang ada dlm mulut saya. Keselesaannya sangatlah menggugat keimanan ku yg semakin rapuh ini dek kerana Ramadhan dah nak habis.. ceehhhwahhh

          "Ehh, dah pakai braces?? "
          " Sakit tak pakai braces tu??"
          "Mahal ker pasang braces ni?? wahh!! kayanye kau"
          "Hahahahahah!! Kesian tak boleh makan"
          "kau buat kat mane??Aku pun nak buat juga"
          "bla bla bla bla bla mulutmu!" (kluar lagu stacy jap)

Ayat di atas adalah soalan yang kebanyakkan kawan saya tanya. walhal bukan saya sorang jer yang pakai. Ramai lagi kawan sekolah saya yang pasang lagi dulu dari saya. hari ni dah nak masuk 3 minggu dah pakai. So..dah agak terbiasalah juga..

Kalau orang tanya kat saya sakit tak pakai braces ni, saya tak nak tambah dosa dengan mengatakan TIDAK!!! sebab memang TERRSAANNGGAAATT SAAAKIITT DOOWWHHH!!

Tapi kejap jer.. around seminggu begitu. Bagi saya, kalau nak pakai braces ni kenalah ready dr segi mental dan fizikal u'ollss! hehehehe. so far saya telah merasa 3 kesakitan.

1. Kesakitan cabut gigi
Cabut gigi adalah aktiviti yang paling digeruni di Malaysia. Siapa yang suka cabut gigi?? takde kan. Ahhh. Begitulah juga saya. Agak rasa nak tercirit juga bila dapat tahu kena cabut gigi. Dua batang pula tu u'olls. Mana kau nak lari ahh..but from my experiences cabut gigi, saya cabut dua batang..dua2 batang tu pun langsung tak sakit. SERIOUSLY!!! saya pun tak tahu kenapa.Orang lain siapa duk nasihat lagi kat kita pulang rumah bawa tidur. Minum air sejuk dan jgn makan benda keras sebab takut sampai rumah bius tadi akan hilang. Saya pun dengan gigihnya menyediakan air sejuk and ready2 nak tidur kononya tak lama lagi rasa bius tu  akan hilang..wahh!!diri ini ditipu oleh gigi sendiri.Saya tunggu punya tunggu dr tgh hari sampai ke malam. RAsa sakit sikit pun takk dakkkk tau!!!Air sejuk yg dah ready2 tu pun jadi panas balik. hehe
bila next appoiment utk cabut gigi ke 2, saya tanya doktor,

     "doktor, kenapa haritu cabut gigi tiada rasa sakit langsung?"
     "oh ya ka? Baguslah. kenapa, kamu mau rasa sakit?"
     "amboii" (dalam hati)

2. Kesakitan pasang getah. 
Getah ni kalau tak silap doktor tu panggil 'elastic'. Apa yang menyebabkan ianya terasa sangaattt sakit adalah disebabkan fungsinya. Fungsinya utk menjarakkan sikit gigi korang yang super rapat tu. YUUPP ! dijarakkan!. tapi tak semua la. Saya pasang dua je. dua gigi terakhir dr dalam. Sakitnya memang take times juga lah. Around seminggu tu supaya ada gaps yang boleh meletakkan bands. Time ni memang tak boleh makan apa2 langsung. Korang boleh bayangkan gigi korang rapat and then terpaksa dijarakkan dgn meletakkan getah tersebut di celah gigi..Walaaahhweii. Sakit sangat part ni. Sampai kat sekolah pun. Kwan duk ketawakan kita sebab tak bleh makan apa2. But, seminggu je okay!

3. Kesakitan pakai braces
kalau masa pasang dalam bilik tu, memang tak rasa sakit pun.  Rasa bosan jer sebab kena menganga lebih kurang sejam lebih. Tapi tak lama lepas tu..kesakitannya mula terasa . Dan kesakitan ni juga selama seminggu. 

4. Kasakitan ketatkan dawai
Saya ckp 3 jer kan kesakitan, sebab kesakitan ni saya belum saya lagi. Pertengahan bulan ni baru ada app.  Yang penting sakit lah


Dah habis pasal kesakitan, sekarang untk harga pula. Sebenarnya, saya buat FREE dekat hospital kerajaan plus saya budak sekolah baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. So memang free lah. Nak cakap lama sampai bertahun tu tak lah. Just berbulan jer. Maybe sebab saya duduk Sabah. Kalau semenanjung, saya tak pasti kena tunggu berapa lama.

Alhamdulillah. dah masuk 3 minggu ni saya boleh rasa lah perubahan sikit. Sorry sebab tak banyak maklumat sangat pasal braces ni. Blog lain pun ada share.. so korang boleh skodeng blog diorang. 



Anywhere..saya nak ucapkan Selamat Hari Raya semua. 
Maaf zahir batin dari kite,
penulis blog Pesanan Cinta. ^_^

Saturday, 14 June 2014

Pameran Buku Sandakan

Assalamualaikum..

Mashaa Allah, lama sungguh ana tidak hapdate blog ana. Hmmph! Unta fadang fasir fun tadak malas mcm ana. Sampai bersawang blog ana tinggalkan.
  *laphabuk*

Ok. Lupakan tentang kemalasanku.. Nih hah ceq nak habaq maih kat hampa semua. Baru2 ni ceq gi dekat Pameran Buku tmpt org pamerkan buku. Of cos lah kan. Takkan pamerkan aurat. Huhu.

Dipendekkan cerita, kita ni pun bukan jenis kaki novel sgt. So, tahap ke’excited'nya pun tak kemuncak sgt bila tgk novel verlamvok-lamvok kat situ.
Tak padan dengan pendek, pusing-pusing dewan Smk Yu Yuan, Sandakan, Sabah, Malaysia Bumi Allah tu pun cuma nak me'nyibuk'kan diri. Sampailah kaki hamba tiba-tiba terhenti disuatu sudut nan gelap (cehh ayat)

Dipendekkan sependek-pendek cerita..saya pun membelilah sebuah buku. Tajuk buku tu pula sama dgn tajuk lagu Anna Raffali, "Kalau Berpacaran" karya Abang Fuad hj. Sam *lek lu je panggil abang*

Alhamdulillah, i took only a day utk habiskan buku tu. Buku tu best sebenarnya sbb dlm buku tu betul2 abg penulis bagi kesan and keburukkan couple. Nasib baik ceq takde boiprengg, kalau tidak...sudah tentu ceq terasa . wahahahha.

In Shaa Allah, kalau diri ini rajin, diri ini akan cuba share apa yang berguna drpd buku tu. Ceq tak janji nahh..tp ceq akan cuba. Wahh! Teruk bebenor loghat utara aku. Salahkah org Sabah nak try test loghat utara huh?

Itu jer lah. Tak rugi sebenarnya kalau korang baca buku tu especially bgi remaja seperti l ni.

P/s : "Tiada cinta suci kecuali yang halal. Dan yang halal itulah dinamakan cinta HIGH CLASS"

Thursday, 19 December 2013

Keputusan PMR lebih dari yang dijangka. Alhamdulillah

Alhamdulillah, syukur ke atas Allah SWT kerana melihatkan kekuasaanNya kpd saya. Tiada siapa sangka bahkan saya sendiri pun tak sangka boleh dapat straight A dalam PMR. Bersyukur sangat2 sebab tiada yang sangka saya boleh dapat 8A dlm PMR kali ni. nak cakap saya study hard, two weeks before adalah. Two years before, jangan harap.

Permulaannya macam ni, saya pegi sekolah ikut kwan punya mumm. Izzati. Masa otw tu memang dpt text mak minta doa..minta kakak2 lain doa kan. Tapi tak dilayan -_-'

Sampai sekolah around 9.45 am begitu. Makin ramai yang dtg, makin banyak jugak nebes tu dtg. Seriusly, sepanjang duduk tu, apa yang difikir semuanya negatif. Rasa macam otak ni magnet yang berkutubkan positif.. dan apa yang ditarik. .negatif... peerrgghh

10.00 am. Pergi dewan bacaan sekolah..rasa excited ada, rasa nak tercirit pun ada.Saya bagi rakan cina yang lain ambil dulu..tak berani weii!.

tapi bila nampak ramai dah yang ambil..excited pun menjelma.. Berdiri dpn guru kelas, memberi senyumam seikhlas yang boleh and suddenly cikgu cakap

       "Lepas ni boleh lah belanja cikgu"

       "kenapa cikgu" (muka macam orang hilang anak)
Bila cikgu ckp macam tu, memang tau la result ok. tapi langsung  tak fikir 8A. fikir dapat 5 atau 6 je. Apa tak nya, trial PMR pun dapat dua je, kelas pun kelas C. kelas ketiga, So of coz la sekolah tak target besaq punya. tambahan pula muka pun macam muka tercicir A. ada hati dapat straight A

     And Alhamdullilah.. again. Cikgu bagi sambil cakap

      "tahniah, 8A"

-------

Kalau orang tanya apa tips kejayaan. (walaupun tiada yang tanya) . For me.

DOA dan USAHA.

Kalau kita dok study very very hard pun, tapi tak dak doa. Its nothing bro!
Dan...

Kalau kita dok berdoa 24jam tanpa belajar. Its also nothing .....broooo

Doa mak bapa pun penting...solat hajat pun penting. Yang penting, apa yg penting, dipentingkan








Go go Hariamu Muda ^_^

Peace yo!




Wednesday, 18 December 2013

Esok result PMR keluar. Nebessnyee!


19 Desembar 2013. Result PMR akan keluar slpas tunggu around 2 months.It's tomorrow. I'm quite nervous actually because it will be the last PMR in Malaysia. Walaupun PMR ni bukan penetu kejayaan, but tak best la kalau result worse kan?? 

   Lepas belajar 3 tahun, benda ni je yang orang dok tunggu.perrghh. 3 tahun..?? Double wooww. 

Esok pagi kena pegi sekolah jam 10.. maybe sampai around 10+. Sekolah dekat mana?? sekolah cina, SM Sung Siew.. sekolah top di Sandakan. ohh tidakk..Aku riak!! Astagfirullah. Tapi memang betul, orang luar cakap lah.. Orang dalam ...hhmmmm.. 

"Saya suka sekolah saya" (nasihat daripada guru pendidikan moral)

Harap result tak teruk sangat seperti tuannya... Selalu result ikut tuan kan?? Saya cuma tawakal je esok, doa mak ayah saya akan minta esok pagi. Jadi esok kalau result bagus saya buat entry baru. Kalau tak.........
Ada 3 sebab :

  1. Result saya teruk.
  2. Saya malas hadap laptop
  3. Broadband tamat tempoh
  4. Ajal menanti ^_^
Ingat nak tulis doa kat sini..alahh, yang macam selalu kat fb tu. tapi macam terserlah ke'stupid'an di situ...

Doakan ok! ^_^





Thursday, 12 December 2013

[REVIEW] : Ollies Wardrobe

First time buat review.. itu punn pasal butik online jual pakaian muslimah ni. Cantik bah baju2nya dijual. hahaha. Pakaian dijual dengan harga yang berpatutan . kalau ada masalah dengan baju tu, boleh dipulangkan semula. Yang penting tak ketat dan tutup aurat. siap ada ribbon2 lagi tau.. Aku mampu tengok je la.... -_-'




  
join sekali ye..cuci2 mata dulu



 

RM100 termasuk postage (no ribbon)
RM110 termasuk postage ( with ribbon





RM90 free postage



HARGA PROMOSI : RM170/helai
BELI 2 HELAI : RM160/helai
BELI 3 HELAI : RM150/helai




\

RM90 sahaja termasuk postage




For more info :


Website : www.ollieswardrobe.com



Assalamualaikum dan bye ^_^