Sunday 3 November 2013

Budak sekolah zaman sekarang

Assalamualaikum dan hai.

Bila tengok entry ni pun macam diri ni tak sedar masih budak sekolah. Sebenarnya, saya buat entry ni pun dengan tebal muka coz bila korang search  dekat google "BUDAK SEKOLAH", apa ygkorang jumpa bukanlah budak tengah pegang pensil, ataupun baca buku teks, ataupun senyuman happy mak bapa...tapi apa yg korang akan jumpa ialah

Nauzubillah

I'm also a student like them...wear the blue skirt, blue blue sky one and i'm happy to wear all these. Tapi bila tengok gambar di atas, saya rasa macam...malu nak keluar rumah pakai baju sekolah. Memanglah zaman belasan tahun ni masanya untk have fun. Tapi tak semestinya nak jadi seorang remaja kena buat semua benda tu. Kesian kat mak ayah. 

I have a story, it happened a month ago. Masa tu saya tak sekolah dah, sebab lepas PMR ni cikgu tak kesah sgt pasal kami. nak hadir ke tak, lantak la...

Saya pegi sekolah sebab ada hal, so saya bawak phone. pakai tudung sekolah and baju T sekolah. Urusan selesai, saya pulang. Pulang naik bas.  Kebetulan pula masa bas kosong, so abg drive tu suruh duduk dpn teman dia cerita. masa tu saya pegang telefon dan tak lepas. Its our conversation :

     
    " form berapa dik??"

    " form three"    *speaking gitu*

    " owhh, baru habis PMR la ni?"
    
    " Iya"

    "owhh bagus la..belajar bagus2 ye dik...jangan bercinta2 dulu"


i was like *tersipu malu* masa tu...bukan sebab saya terasa. Tapi terasa nak tumbuk tu abang. 


     "Boyfriend pun aku tak de mcm mana nak bercinta-cintun ni, " *jerit dalam hati*



Tapi bila fikir2 balik, itulah pandangan orang tentang budak sekolah sekarang. 
 dan baru saya sedar yang abang tu cakap mcm tu sebab telefon kat tangan tak lepas dari tadi. so, mesti dia ingt saya tengah chat dgn jantan lain dan curang dekat dia....Cehh!!!. 

Terlalu banyak kes sekarang ni pasal budak sekolah. You know what i mean. Rasa macam terlalu bebas dan hilang batasan. 

bagi saya, yang jugak budak sekolah lagi, sebelum kita buat benda macam tu, ambil 5 saat untuk lihat wajah mak ayah kita nangis atas apa yg akan kita buat..

Allahuakbar ^_^




13 comments:

  1. Betul tu. Budak zaman sekarang ni terlalu bebas. Tak de batasan. Parents pun mcm susah nak control anak skr ni. Apa2 pun,didikan agama tu sangat lah penting untuk diterapkan dlm diri seorang remaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat penting didikn agama..thanks sudi komen

      Delete
  2. memang sedih sangat bila tengok budak baya2 kita buat perkara tak senonoh. semoga kita tak akan pernah tergolong dalam kalangan mereka. :')

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang ni sis , banyak cabaran , apatah lagi , remaja-2 yang sedang meningkat , alam remaja la senang cerita . Time ni la kita kena kuat , banyak godaan . Kalau boleh , kawan tu biar la memilih sikit , sebab kita ni senang terikut dengan kawan . So , kalau kawan tu boleh nasihat kita , bawak kita jauh daripada benda-2 macam tu , alhamdulillah . Good Luck sis . Secara jujurnya , sis kalau nak kawan , sis memilih sikit . Sebab sis takut terikut-ikut :) *setiap orang ada pandangan masing-2 right *

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot sis bgi nasihat...betul tu sis...In Sha Allah

      Delete
  4. hmm, tak tau nak cakap ape dah bila tgok sikap dorang ni. Harap korang yang masih pandai jaga adab dengan akhlak ni, jaga baik2 tau. (:

    ReplyDelete
  5. cuba taip kat google, 'Pelajar Sekolah'.. kurang sikit gambar2 camtu..hehe..^_^. Sebab benda yg tak elok, mesti buat tajuk 'Budak Sekolah'. Sebab tu bila search mmg penuh la. Baguslah ada kesedaran. itu budak sekolah yg orang ambil kisah, apatah lagi kat IPTA/IPTS yang lagi bebas tapi orang jarang ambil tahu walaupun byk kes2 yg berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cuba "pelajar sekolah". memang better siikit...tp psal IPTA, tak pasti pulo. ^_^

      Delete
    2. masih sekolah la ni? ^_^. kira pesanan la ni kat adik2..

      Delete
  6. Budak-2 zaman sekarang social melampau. Nauzubillah. Hurmm

    ReplyDelete
  7. semoga kita semua trlindung..tak kiralah plajar sekolah ke,,dah kerja ke.aminnn

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana memberi komen
Komen anda sangat membantu...
In Sya Allah...saya reply..
Syukran Jazilan